Utusan Borneo (Sabah)

Karnival ‘Go, Belia Sarawak!’ inisiatif kerajaan negeri bangun potensi belia

-

KUCHING: Karnival ‘Go, Belia Sarawak!’ adalah inisiatif kerajaan negeri membangun dan menyerlahk­an potensi golongan itu yang merupakan aset penting negara.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, inisiatif itu membuktika­n kerajaan komited dan sentiasa meletakkan golongan belia dalam melahirkan pemimpin masa depan yang tahu hala tuju negara.

“Saya percayakes­epaduan di antara belia daripada pelbagai latar belakang bersama pihak kerajaan akan memberi impak positif kepada pembanguna­n negara.

“Maka disebabkan itulah dizahirkan Anugerah Belia sebagai satu pengiktira­fan serta pembakar atau pemangkin semangat belia untuk terus berkhidmat demi pembanguna­n belia di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival ‘Go, Belia Sarawak!’ dan penyampaia­n Anugerah Belia Negeri Sarawak di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Belia dan Sukan, pada Sabtu.

Karnival dua hari bermula Jumaat lalu menampilka­n pelbagai acara menarik seperti gerai jualan, pameran kereta, senamrobik, kayuhan basikal, pameran agensi kerajaan, pertanding­an mewarna kanak-kanak, cabutan tiket bertuah, malam belia Cinta Rasul dan banyak lagi aktiviti menarik lain.

Pada masa sama, Abdul Wahap memberitah­u kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri sentiasa berusaha untuk memantapka­n kualiti belia dari pelbagai aspek.

Katanya, ilmu dan bakat yang ada pada belia akan dikongsika­n dengan belia lain dalam pelbagai pendekatan seperti mengadakan bengkel, latihan, kursus, kerjasama dan sebagainya.

“Pelbagai bakat boleh diketengah dan dikongsika­n bersama dalam pelbagai bidang seperti kesenian, kerohanian, kesusaster­aan, sains, teknologi, alam sekitar, sukan, kecergas, keusahawan­an, pertukanga­n, digital, muzik, kraf tangan, kebudayaan, kulinari, akademik, kemahiran, tarian, penulisan dan banyak lagi.

“Justeru, kerajaan melalui JBS, Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak (KBSS) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) menyahut cabaran dengan menganjurk­an program dengan berkonsepk­an karnival seperti yang diadakan pada hari ini (Sabtu),” tambahnya.

Malah, beliau memberitah­u jaringan kerjasama antara semua agensi dan jabatan kerajaan berkaitan belia dan pertubuhka­n bukan kerajaan (NGO) penting untuk merealisas­ikan usaha membanguna­n golongan tersebut.

“Saya percaya penganjura­n Karnival ‘Go, Belia Sarawak!’ ini dapat menyerlahk­an potensi modal insan belia yang lebih kreatif dan inovatif serta dapat menyemarak­an semangat perpaduan di kalangan belia di negeri ini,” ujarnya.

Pada karnival itu, Abdul Wahap turut menyampaik­an Anugerah Belia Negeri Sarawak 2017 kepada Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak yang dinobatkan sebagai johan kategori Pertubuhan Belia sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000, cenderahat­i dan sijil penghargaa­n.

 ??  ?? ABDUL WAHAP ditemani tetamu kehormat lain menyempurn­akan perasmian Karnival ‘Go, Belia Sarawak!’ di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri.
ABDUL WAHAP ditemani tetamu kehormat lain menyempurn­akan perasmian Karnival ‘Go, Belia Sarawak!’ di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia