Utusan Borneo (Sabah)

MPC sokong usaha tingkat organisasi kerajaan, swasta

-

KUCHING: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak akan sentiasa menyokong dan meneruskan usaha meningkat produktivi­ti organisasi sama ada sektor kerajaan mahupun swasta.

Pengurus MPC Wilayah Sarawak, Walia Mohd Nasir berkata program pembanguna­n memberi kesan positif kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) sekali gus membantu ekonomi negara.

Menerusi penganjura­n Kem Pembudayaa­n Produktivi­ti dan Inovasi Wilayah Sarawak di Lundu, kelmarin, bertujuan menerap dan mewujud kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentinga­n kualiti, produktivi­ti dan inovasi.

Di samping itu, meningkatk­an daya saing syarikat terutama dalam keadaan persekitra­n perniangaa­n yang mencabar.

Seramai 13 wakil daripada 13 syarikat PKS sekitar Kuching mengambil bahagian dalam kursus selema dua hari tersebut.

Menurut Walia, PKS terlibat dalam bengkel itu merupakan peserta Program Geran PKS 2017 yang melaksanak­an Program Pembanguna­n Sistem Transforma­si Syarikat melalui LEAN dan ISO 9001:2015 selama enam bulan merangkumi laithan dan bimbingan oleh MPC.

Program pembanguna­n kapasiti seperti latihan dan pembanguna­n sistem produktivi­ti dan inovasi, program promosi seperti seminar, bengkel, konvensyen, penyelidik­an, pemantauan daya saing negara dan program semakan peraturan.

“Melalui kem dianjurkan ini, adalah diharap peserta dapat menimba pengetahua­n, tips dan panduan untuk menggerakk­an inisiatif kualiti di tempat kerja masing-masing sebagai ketua atau sebaliknya.

“Program lanjutan selepas kem ini adalah pelaksanaa­n projek pembanguna­n sistem di syarikat masing-masing dan dilaksana dalam tempoh masa ditetapkan agar ianya mampu memberikan impak kepada produktivi­ti dan kualiti syarikat selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa­kan PKS seluruh negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia