Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Rumah Latit Nanang gotong-royong basmi aedes

-

SARATOK: Sekitar 100 penduduk Rumah Latit Nanang, Sungai Engkabang Roban dekat sini menyertai programgot­ong-royong‘Jom Ganyang Aedes’ membersih kawasan rumah panjang terbabit pada Sabtu.

Program itu turut dihadiri pegawai dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Saratok dan Majlis Daerah Saratok (MDS).

Turut diadakan sesi ceramah kesihatan disampaika­n oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an (PPKP), Mohamad Buhaiqi Madi.

Dalam ceramahnya, Bulhaiqi menjelaska­n bahaya demam denggi dan peranan serta tanggungja­wab dilakukan oleh penduduk bagi membantera­s penyakit tersebut.

“Aktiviti gotong-royong berjadual dan berterusan adalah paling berkesan mengawal dan mengelak penyakit demam denggi daripada berlaku.

“Sampah sarap menakung air harus dibuang, bekas menyimpan air tidak digunakan mesti diterbalik­kan supaya tidak menakung air kerana nyamuk aedes mengambil masa selama satu minggu untuk menjadi dewasa.

“Bekas simpanan air perlu ditutup rapat bagi mengelak nyamuk aedes bertelur. Oleh itu, kerja-kerja memeriksa rumah sendiri selama 10 minit seminggu mesti dilaksanak­an supaya tiada tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Menurutnya, semburan racun dijalankan semasa berlakunya kes hanya membunuh nyamuk dewasa tetapi jentik-jentik masih di dalam bekas tidak mati dan dewasa merebakkan penyakit demam denggi semula.

“Telur nyamuk aedes boleh tahan selama enam bulan tanpa air dan menetas semula jika ada air. Oleh itu, bekas simpanan air seperti tempayan harus diberus seminggu sekali supaya telur nyamuk aedes tidak melekat pada bekas simpanan air,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia