Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh bilik Rumah Lambai Sungai Mapai terjejas akibat tanah runtuh

-

IBU: Tiga kejadian tanah runtuh berlaku di Rumah Lambai Sungai Mapai di Jalan Nibong-Tada sejak beberapa hari lalu termasuk kejadian terkini yang secara keseluruha­nnya membabitka­n tujuh bilik rumah panjang berkenaan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat pergi ke lokasi kejadian selepas dimaklum oleh Pegawai Daerah Kanowit, Katis Noel Nyabong mengenai insiden tersebut pada jam 10.32 pagi Sabtu.

Setiba di lokasi kejadian sejauh 65 kilometer dari pekan Kanowit pada 11.53 pagi, pasukan BBP Kanowit diketuai PPgb Arrahman Chik mendapati insiden tanah runtuh berlaku di tiga lokasi berbeza termasuk kejadian terkini dua tiga hari lepas.

Menurut Arrahman, insiden tanah runtuh pertama menjejaska­n empat bilik rumah panjang di Blok 1 dengan skala tanah runtuh 18mX30m di bahagian belakang rumah.

Lokasi kedua melibatkan dua bilik rumah panjang di Blok 2 bilik nombor 5 dan 6 dengan skala tanah runtuh 8mX20m juga di belakang rumah manakala lokasi ketiga menjejaska­n sebuah bilik di nombor 14 di blok 2 sebelah kiri dengan skala tanah runtuh 20mx30m.

“Menurut penduduk rumah panjang berkenaan, kali terakhir kejadian tanah runtuh itu belaku beberapa hari lalu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menjalanka­n sebarang operasi bomba dan hanya bertindak membuat pemantauan serta mengambil maklumat berkaitan kejadian tanah runtuh.

“Tiada insiden kehilangan nyawa atau kecederaan mangsa dilapor dalam kes tanah runtuh tersebut,” jelas Arraham.

Beliau meminta penghuni rumah panjangata­u tuairumah terjejas supaya melakukan penilaian struktur tanah dua blok rumah panjang terbabit sama ada ia selamat didiami atau sebaliknya.

 ??  ?? KEADAAN agak membimbang­kan di salah satu daripada tiga lokasi tanah runtuh di Rumah Lambai yang memerlukan perhatian pihak berkenaan.
KEADAAN agak membimbang­kan di salah satu daripada tiga lokasi tanah runtuh di Rumah Lambai yang memerlukan perhatian pihak berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia