Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kecekapan dan produktivi­ti peringkat akar umbi

Saranan Masir kepada pemimpin masyarakat

-

SRI AMAN: Pemimpin masyarakat seperti tuai rumah dan ketua kampung termasuk pemimpin Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Rukun Tertangga harus meningkat kecekapan serta produktivi­ti program peringkat komuniti.

TimbalanMe­nteriDalam­Negeri Datuk Masir Kujat menjelaska­n, di samping meningkat daya saing, ia turut memupuk perpaduan nasional serta berusaha membantu kerajaan membangun modal insan demi kepentinga­n bersama.

Menurut beliau, semua usaha sedang dilakukan kerajaan tidak akan mencapai hasil sekiranya rakyat tidak bersatu padu dan bekerjasam­a.

“Kita perlu berbangga dengan keunikan negeri kita ini yang mempunyai rakyat dan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Sebagai contoh, penganjura­n pelbagai rumah terbuka sempena perayaan di negeri ini memaparkan gambaran jelas mengenai persefaham­an dan keharmonia­n negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya dibaca olehSetiau­sahaSulitn­ya,Whelthon Lumpoi ketika mewakiliny­a bagi merasmi jamuan malam ‘Segulai Sejalai’ anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Kampung Perintah Sri Aman di sini, barubaru ini.

Katanya, perayaan wujud di Malaysia dapat memberi peluang kepada pelancong dalam dan luar negara yang ingin melihat sendiri bagaimana pucuk pimpinan serta masyarakat berkongsi kegembiraa­n melaksanak­an perayaan dalam suasana aman, damai dan harmonis.

“Kita dapat hidup dengan aman dan makmur kerana kita sentiasa mengamal permuafaka­tan dan perkongsia­n kuasa kalangan rakyat berbilang bangsa.

“Permuafaka­tan ini perlu dipertingk­at daripada semasa ke semasa dan diterap disegenap lapisan masyarakat terutamany­a kalangan pemimpin dan ketua masyarakat,”katanya.

Katanya, jangan sesekali leka kesenangan yang kita nikmati ini dan jangan lupa bahawa kita perlu memelihara perpaduan dan semangat muhibbah kita miliki.

Justeru katanya, menjadi harapan supaya penganjura­n majlis seperti ini akan terus diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Kaunselor Tuai Rumah Riji Gue, Pengerusi Pengelola Majlis, Helen Edward Brandah serta ahli-ahli PPWS yang lain.

“Semua usaha sedang dilakukan kerajaan tidak akan mencapai hasil sekiranya rakyat tidak bersatu bekerjasam­a.” padu dan DATUK MASIR KUJAT Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ??  ?? WHELTHON (lima kiri) menyampaik­an insentif pelajar cemerlang kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an oleh Riji (kanan), Helen (empat kiri) serta ahli PPWS.
WHELTHON (lima kiri) menyampaik­an insentif pelajar cemerlang kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an oleh Riji (kanan), Helen (empat kiri) serta ahli PPWS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia