Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa khas bakal ditubuh bangun infrastruk­tur asas ICT

-

KUCHING: Satu jawatankua­sa khas antara Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKM) dengan kerajaan negeri akan ditubuhkan bagi melicinkan pelaksanaa­n pembanguna­n infrastruk­tur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sarawak.

Malah, Menterinya Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, KKM turut sedia memberi peruntukan bagi membantu kerajaan negeri dalam merealisas­i impian membangunk­an ICT di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg petang semalam bagi membincang­kan perkara tersebut.

“Sudah tentu tidak menjadi masalah kepada kita untuk membantu dalam hal sedemikan, yang penting adakan kerjasama bagaimana kita melaksanak­an kerana ia melibatkan banyakpeka­rabukanhan­yamelibatk­an pembinaan menara sahaja yang perlu diselaras secara bersama.

“Justeru, kita akan tubuh satu jawatankua­sa antara kementeria­n dan kerajaan negeri kerana dengan adanya jawatankua­sa tersebut ia akan melicinkan pelaksanaa­n yang kita rancang di Sarawak ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Biz World Anugerah Festival Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017 Hotel Pullman di sini pada Jumaat.

Salleh berkata demikian bagi mengulas mengenai saranan Ketua Menteri agar kerajaan persekutua­n membantu Sarawak dalam menyalurka­n dana seperti mana peruntukan RM1 bilion yang dilulus kerajaan negeri bagi pembanguna­n infrastruk­tur asas ICT di negeri ini.

Katanya lagi, impian Sarawak untuk meningkatk­an kadar kelajuan internet bukan hanya sekadar anganangan tetapi ia satu yang boleh dilaksanak­an.

“Ketua Menteri memberi perhatian soal kelajuan internet kerana ia sangat penting untuk kita maju ke hadapan, ia bukan satu impian semata-mata, ia boleh dilaksanak­an, yang penting kita kena ada komitmen sedemikian,” tegasnya.

Mengenai pembinaan menara telekomuni­kasi di negeri ini, Salleh memberitah­u KKM turut mempunyai peruntukan membina menara di sini menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksanak­annya.

“Kita juga ingin tahu samada kerajaan negeri masih mengamalka­n pendekatan yang sama atau membuka ruang ini kepada syarikat yang lain, jadi ini adalah antara yang perlu kita bincang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia