Utusan Borneo (Sabah)

MDLBS cadang tindakan lebih tegas buang sampah sembaranga­n

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) bercadang mengambil tindakan tegas terhadap pihak membuang sampah serta bahan buangan industri di bandar baharu Sibu Jaya.

Pengerusin­ya, Sempurai Petrus Ngelai

(gambar) berkata, sudah tiba masanya tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan bagi menjadikan Sibu Jaya sebuah bandar bersih dan cantik.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancanga­n MDLBS bagi mengenakan kompaun terhadap mereka membuang sampah di pusat komersil Sibu Jaya, seperti yang dilaksana Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

“Pihak majlis mempunyai perancanga­n bagi mengenakan kompaun terhadap pihak membuang sampah merata-rata di pusat komersil Sibu Jaya sebagaiman­a dilakukan MPS.

“Kita akan membincang­kan perkara ini pada mesyuarat peringkat jawatankua­sa bagi kesihatan awam. Tindakan tegas tidak hanya bagi yang membuang sampah tetapi mereka yang membuang buangan industri di tepi jalan di Sibu Jay juga Selangau juga berdepan tindakan,” ujarnya.

Meskipun berhadapan kekurangan pegawai penguat kuasa bagi melaksanak­an peraturan, Sempurai menggesa orang ramai supaya memainkan peranan menjadi mata dan telinga kepada pihak majlis.

Ini katanya, dengan melaporkan aktiviti pihak membuang sampah merata-rata, terutama bahan buangan industri.

Pada mesyuarat penuh bulanan MPS bulan lepas, pengerusin­ya, Datuk Tiong Thai King berkata kompaun bagi membuang sampah akan dinaikan dari RM20 kepada RM500, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Dengan kenaikan kompaun itu katanya, akan membantu mencegah pembuangan sampah meratarata di kawasan pusat bandar dan di tempat-tempat di bawah bidang kuasa MPS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia