Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah hadiah tunai Kumang Gawai Pebedas dinaik

-

SIBU: Penganjura­n Kumang Gawai Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (Pebedas) 2017 sempena Malam Pra-Gawai Pebedas Sibu telah menaikkan jumlah hadiah wang tunai kepada pemenang kelak.

Kumang Gawai Pebedas 2017 bakal membawa pulang RM2,000 berserta mahkota, selempang, bunga, telefon pintar, hamper, sijil dan hadiah.

Naib johan pula akan menerima RM1,200 berserta piala, mahkota, selempang, bunga, hamper dan sijil manakala tempat ketiga akan membawa pulang RM800 beserta piala, mahkota, selempang, bunga, hamper dan sijil.

Tempat keempat hingga ke-10 akan menerima RM150 sementara tempat ke-11 hingga ke-16 akan menerima RM100.

Bagi Miss Photogenic Kumang Gawai Pebedas 2017, pemenangny­a akan menerima RM500 berserta piala, mahkota, selempang dan hamper.

Miss Favourite Kumang Gawai Pebedas 2017 pula akan membawa pulang RM500 beserta piala, mahkota dan hamper.

Sementara itu, menurut jurucakap penganjur, tetamu hadir terawal 600 menerima hadiah ‘Door Gift’ ditaja penaja utama iaitu WiproUnza, Dashing dan Enchanteur.

Terdahulu pada peringkat saringan Kumang Gawai Pebedas yang diadakan pada Ahad lepas, menyaksika­n Penaung Kumang Pebedas 2017 iaitu Datin Jacklyn Anthony telah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10,000 bagi pihak suaminya Datuk Joseph Entulu Belaun yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Selangau.

Jacklyn turut merasmikan peringkat saringan tersebut sebagai tetamu kehormat.

Sebanyak 16 orang finalis akan berentap pada Kumang Gawai Pebedas 2017 bagi merebut gelaran tersebut.

Majlis tersebut akan diadakan pada 13 Mei ini bertempat Restoren Good Happiness (Terminal Bas Sibu) jam 6 petang yang bertemakan ‘Anembiak Maju, Menua Mansang’.

Konsep pada malam tersebut ialah ‘Borneo Ethnic Masquerade’.

 ??  ?? JACKLYN (dua kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan peringkat saringan Kumang Gawai PEBEDAS 2017 di Sibu, baru-baru ini.
JACKLYN (dua kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan peringkat saringan Kumang Gawai PEBEDAS 2017 di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia