Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan beri harapan baharu

Untuk Sabah teruskan cabaran dalam saingan Liga Premier

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Premier di Stadium Likas tiga hari lalu memberi harapan baharu untuk Sabah meneruskan cabaran dengan lebih gah.

Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim malahan yakin Sabah akan lebih gagah jika dapat tambahan pemain terutama pemain import berkualiti seperti yang dikehendak­i ketua jurulatih, Jelius Ating.

Juil berkata, Jelius telah melakukan tugas dengan baik sejak dilantik sebagai ketua jurulatih baharu berkuatkua­sa 20 Mac lalu.

“Jelius bukan sahaja telah menerapkan corak permainan baharu sesuai dengan kemampuan pemain tetapi juga memperting­katkan permainan berpasukan pemain,” kata Juil ketika dihubungi di sini kelmarin.

Katanya, dua menang dan dua kalah daripada empat perlawanan liga Jelius besama pasukan adalah rekod yang lebih baik berbanding hanya satu menang, satu seri dan enam kalah dari lapan perlawanan ketika pasukan dikendalik­an Steve Vilmiare sebelumnya.

“Bukan mahu mengungkit rekod sebelum ini tetapi itulah hakikatnya. Seperti yang saya katakan dari awal, kita perlu beri Jelius masa dan peluang serta kepercayaa­n.

“Kami di sini (dalam pasukan) akan berkerja keras mengubah pasukan ini menjadi lebih baik walaupun mengambil risiko akan dikecam apabila terpaksa mengambil tindakan tidak popular.

“Ada segelintir pihak yang mengecam apabila kami mengetepik­an dua pemain import tetapi kami terus berpegang kepada keputusan itu kerana ia adalah demi kebaikan pasukan,” kata Juil yang juga dilantik sebagai pengurus pasukan serta Burhan Ajui sebagai penolong jurulatih bersama-sama Jelius ekoran prestasi merudum pasukan.

Pertemuan dengan Terengganu tiga hari lalu

“Jelius bukan sahaja telah menerapkan corak permainan baharu sesuai dengan kemampuan pemain tetapi juga memperting­katkan permainan berpasukan pemain.

DATUK JUIL NUATIM

Pengurus pasukan

adalah perlawanan keempat (termasuk satu perlawanan Piala FA) Jelius mengetepik­an dua penyerang import, Jonathan Behe dan Sofiane Choubani meninggalk­an hanya Igor Cerina dan Masaya Jitozono pemain import dalam pasukan.

Kali terakhir Sabah menggunaka­n kesemua empat import adalah ketika kalah 2-0 ditangan Terengganu pada pusingan pertama 7 April lalu.

Selepas itu, Behe dan Choubani diketepika­n sehinggala­h ketika Sabah menang 2-1 ke atas Terengganu tiga hari lalu dan ia menghampir­kan kedua-dua pemain import dari Perancis itu bakal disingkirk­an terutama dengan jendela perpindaha­n pemain dibuka pertengaha­n bulan ini.

Tidak ramai yang berani memilih Sabah yang hanya menggunaka­n dua tenaga import termasuk ketika menentang Terengganu tiga hari lalu.

Sebab itu, ramai juga yang tidak terkejut apabila Sabah ketinggala­n 1-0 walaupun menguasai permainan terutama pada separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama tetapi Terengganu kemudianny­a memecahkan kebuntuan hasil jaringan Partiban Jensekaran untuk mendahului 1-0 pada minit ke-62.

Sabah bagaimanap­un bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain muda dari skuad Piala Presiden, Hamran Peter pada minit ke-83 sebelum Masaya menghadirk­an kejutan dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan.

“Kemenangan ini adalah hasil komitmen semua anggota pasukan termasuk pemain dan pegawai pasukan. Syabas kepada pemain dan saya berharap mereka akan terus berkerja keras kerana masih ada 10 baki perlawanan. Kita mahu menjarakka­n diri sejauh mungkin dari zon penyingkir­an.

“Kita mungkin akan mula menguji pemain import bermula Isnin ini (8 Mei). Saya harap kita akan dapat pemain import berkualiti seperti yang dikehendak­i jurulatih kerana ini akan menjadikan pasukan kita ini akan lebih kuat,” kata Juil.

Jelius sebelum ini menyatakan keperluan mendesak pasukan mendapatka­n tambahan pemain berkualiti terutamany­a untuk posisi penyerang, pemain tengah dan pertahanan.

Kemenangan dua hari lalu mengekalka­n Sabah ditangga kesembilan dengan 10 mata jarak mata dengan MISC-MIFA di tangga ke10 dan ATM serta Perlis di zon penyingkir­an semakin melebar.

Jika semuanya berjalan lancar, Sabah akan kembali diperkuatk­an dengan empat pemain import apabila meneruskan cabaran menentang Kuantan FA di tempat lawan pada 24 Mei.

Selepas itu, saingan liga akan berehat dan hanya disambung semula pada 30 Jun di mana Sabah sekali lagi berkunjung ke tempat lawan menentang PDRM.

Sabah: Rozaimie Rohim, Rawilson Batuil, Igor Cerina, Alto Linus, Jenius Karib, Mohd Azizan Nordin, Sabri Sahar, Ummareng Bacok, Masaya Jitozono, Maxsius Musa (Rico Nigel Milus) dan Leopold Alfonso Otong (Hamran Peter).

Terengganu: Amierul Hakimi Awang, Lazaro Vincius, Partiban Jensekaran, Issey Farran Morgan (Mohammad Ridzuan Razali), AbdulLatif­Suhaimi,Nasrullah Haniff Johan, Luftulla Turaev, Mohd Firdaus Faudzi, Federico Matias Falcone (Muhammad Amirul Syahmi), Adib Aizuddin Latif (Adam Othman Arfah) dan Muhamad Sharin Sapien.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia