Utusan Borneo (Sabah)

64 peminat sukan dart beraksi di Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:Seramai64p­emain dart melibatkan 32 pasukan mengambil bahagian dalam Pertanding­an Beregu Dart 2017 Anjuran Pejabat Perikanan Tawau, barubaru ini.

Pertanding­an itu menyaksika­n 27 pasukan dari Tawau dan lima Lahad Datu yang berentap selama dua hari di Net Alive Cafe, di sini, melibatkan pelbagai peringkat usia.

Kategori Winner Pool berjaya dimenangi oleh pasukan Sandhu (Wes dan Garry), dengan beregu SSS (Hashim dan Sutar) pula terpaksa berpuas-hati sekadar di tempat kedua.

Tempat ketiga dimiliki beregu Peter dan MJ, tempat keempat beregu Razman dan Syam, kelima BK dan Fandi, keenam JJ dan Eric, ketujuh SDC Jopong, dan kelapan SP 93.

Senarai 16 pula diduduki oleh Sukar dan GG, Jinggol dan MBoy, Ardy dan Richard, TRC (Key dan On Chai), Fazil dan Fairus, Pok Silap B, Ikan Mat dan Roger serta Richard dan Yusri.

Kategori Plate Pool diungguli pasangan beregu NAC Com iaitu Jany dan Bryan apabila dinobatkan juara, manakala beregu Ikan CP (Charles dan Pian) naib juara.

Kedudukan ketiga disandang oleh beregu Pok Silap B, keempat beregu Ikan HR (Hussin dan Razman), kelima Oldman (Kamal dan Musa), keenam Ikan CE (CJQ dan Eddy), ketujuh Bro Brothers (Ayie dan Sunny) dan kelapan Sepagaya A.

Untuk rekod, pertanding­an itu diadakan atas inisiatif Pejabat Perikanan Tawau untuk merapatkan lagi hubungan silaturrah­im sesama penggemar sukan indoor itu.

 ??  ?? PEMENANG-pemenang Pertanding­an Beregu Dart 2017.
PEMENANG-pemenang Pertanding­an Beregu Dart 2017.
 ??  ?? JUARA Winner Pool - Wes dan Gary (Sandhu) menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil.
JUARA Winner Pool - Wes dan Gary (Sandhu) menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia