Utusan Borneo (Sabah)

Badak Remaja azam menang

Berhadapan Kuala Lumpur hari ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Skuad Badak Remaja berazam untuk menebus kekalahan pusingan pertama berhadapan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Kumpulan B, Piala Presiden 2017 di Stadium Likas hari ini.

Igauan kekalahan 0-1 pada pertengaha­n April lalu berhadapan pasukan yang sama ditempat lawan, perlu ditebus penuh yakin oleh pasukan bawah 21 tahun negeri ini selepas kejayaan cemerlang menundukka­n Angkatan Tentera menerusi tiga jaringan tanpa balas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Ketua jurulatih Justin Ganai berkata, moral tinggi para pemain ketika ini memberi harapan untuk Sabah meneruskan kempen kemenangan dalam memburu empat tempat teratas selepas permulaan agak hambar dalam pusingan pertama. “Sebab itu saya telah memberi penekanan yang lebihdalam­bahagian serangan untuk mendapatka­n gol sambil dalam masa yang sama para pemain perlu bersikap `rajin’ untuk membantu bahagian pertahanan untuk kita menidakkan sebarang peluang untuk lawan mendapatka­n gol.

“Kuala Lumpur merupakan pasukan yang bagus, oleh itu kita perlu lebih berhati-hati dan bermain sepenuh kegigihan dan tenaga yang kita ada untuk mendapatka­n kemenangan yang amat penting ini,” tegas Justin.

Beliau berharap penyerang berbisa Hamran Peter akan mengemudi sebaik mungkin bahagian serangan selepas penyerang muda dari Telupid itu menjaringk­an gol pertama musim ini untuk membantu pasukan senior menyamakan kedudukan sebelum Sabah menewaskan Terengganu menerusi keputusan 2-1 pada Jumaat lalu.

“Kuala Lumpur merupakan pasukan yang bagus, oleh itu kita perlu lebih berhatihat­i dan bermain sepenuh kegigihan dan tenaga yang kita ada untuk mendapatka­n kemenangan yang amat penting ini. ”

JUSTIN GANAI

Ketua jurulatih

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia