Utusan Borneo (Sabah)

Real Madrid membelasah Granada 4-0

-

MADRID, Sepanyol: Alvaro Morata dan James Rodriguez masing-masing menjaringk­an dua gol ketika Real Madrid menghampir­i tiga kemenangan untuk mengesahka­n kejuaraan La Liga Sepanyol apabila membelasah Granada 4-0 Sabtu lepas.

Pada perlawanan awal, gandingan MSN – Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar – menjaringk­an gol untuk jumlah gol kelab yang ke-102 ketika Barcelona mengekalka­n saingan kejuaraan liga dengan kemenangan 4-1 ke atas Villarreal.

Barca kekal di tangga teratas liga dengan rekod pertemuan lebih baik berbanding Barca selepas kedua-dua pasukan terikat 84 mata tetapi Real bermain kurang satu perlawanan berbanding Barca.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane, meneruskan polisi menggilirk­an skuad sejak beberapa minggu yang lalu apabila melakukan sembilan pertukaran pemain dari skuad yang menewaskan Atletico Madrid 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Selasa lepas, dengan Cristiano Ronaldo tidak langsung tersenarai ke dalam skuad untuk perlawanan Sabtu lepas.

Bagaimanap­un, ia tidak memberikan banyak kesan ketika Real mengekalka­n rekod sempurna mereka dalam La Liga dalam sembilan perlawanan beraksi tanpa Ronaldo musim ini.

“Bagi jurulatih, ia berita yang sangat bagus,” kata Zidane.

“Ini bermakna semua pemain terlibat, berada dalam keadaan fizikal yang baik setiap kali kami melakukan pertukaran dan bermain dengan baik. Saya sememangny­a berpuas hati.”

Ketika permainan baharu memasuki minit kedua, Lucas Vazquez menembusi pertahanan Granada dan mengumpan bola kepada Rodriguez untuk membuka jaringan.

Penyerang antarabang­sa Colombia itu menambah jaringan apabila menanduk satu hantaran lintang Fabio Coentrao sembilan minit kemudian.

Jurulatih Granada, Tony Adams, melakukan pertukaran pemain seawal minit ke-16 apabila mengeluark­an Uche Agbo dan diganti dengan Aly Malle, tetapi tetap gagal mengelak kekalahan pasukannya.

“Real Madrid berada di satu tahap berbeza berbanding kami, mereka memiliki beberapa pemain yang hebat tetapi ia kami memberikan terlalu banyak ruang kepada mereka dalam separuh masa pertama,” kata Adams.

Morata menjaringk­an gol ketiga dari umpanan Danilo untuk gol ke-20 beliau musim ini sebelum Vazquez tidak bernasib baik menjaringk­an gol apabila rembatanny­a terkena palang dan juga satu cubaan Casemiro tersasar walaupun pintu gol Granada terbuka luas ketika Real menguasai sepenuh 45 minit pertama permainan.

Real mengurangk­an rentak permainan selepas rehat dengan Morata melengkapk­an jaringan untuk mengesahka­n kemenangan.

 ?? — Gambar AFP ?? VAZQUEZ (kanan) mengatasi pemain pertahanan Granada, Gaston Silva untuk menjaringk­an gol buat Real pada aksi di Stadium Nuevo Los Carmenes, Granada pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP VAZQUEZ (kanan) mengatasi pemain pertahanan Granada, Gaston Silva untuk menjaringk­an gol buat Real pada aksi di Stadium Nuevo Los Carmenes, Granada pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia