Utusan Borneo (Sabah)

Jepun dominasi BIM

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Atlet dari Negara Matahari Terbit mendominas­i UNICEF Marathon Antarabang­sa Borneo (BIM) 2017 yang bermula dan tamat di Stadium Likas dekat sini kelmarin.

Kentaro Masuda dan Nojiri Azusa mengangkat nama Jepun pada perlumbaan edisi Ke-10 kali ini selepas masingmasi­ng menjuarai acara utama 42 kilometer (km) kategori lelaki dan wanita.

Diikuti kejayaan Kyoko Otsuka merangkul gelaran kejuaraan ketiga untuk negara itu menerusi kategori Veteran Wanita.

Memastikan kesemua acara Marathon Penuh dikuasai oleh peserta-peserta antarabang­sa, Sefli Ahar dari negara Brunei mengekalka­n gelaran juara Veteran Lelaki dengan penuh bergaya selepas menjadi peserta pertama tiba di garisan tamat.

Masuda mencatat dua jam, 58 minit dan 27 saat (2:58.27s)untukmenew­askan dua jaguh tempatan, adikberadi­k Sapirin dan Safrey Sumping masing-masing ditempat kedua dan ketiga menerusi catatan 3:00.44s dan 3:03.40s. Bagi Azusa pula, larian bersendiri­an membolehka­n beliau meninggalk­an jauh peserta-peserta lain dengan catatan 3:02.58s, mengatasi pencabar terdekat yang juga naib johan Eunice Ong Huey Shen dari Malaysia yangmencat­at3:55.03ssambil Holly Burrel dari Australia menduduki tempat ketiga dengan catatan 3:55.03s.

Otsuka pula tiba di garisan tamat dengan catatan 3:38.31s untuk menewaskan rakan sengara Satomi Oka yang mencatat 3:45.21s menduduki tempat kedua sambil jaguh veteran Sabah Kona Liau menduduki tempat ketiga dengan masa 3:55.20s.

Aksi Sefli, 43, menjadi sebut ramai selepas tiba di garisan tamat dengan catatan terpantas perlumbaan tahun ini dengan 2:51.49s untuk menewaskan naib johan Adrian Royce dari Australia yang mencatat 3:15.33s sambil pelari tempatan Ruston Masri menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 3:17.03s. “Perlumbaan tahun ini jauh lebih sukar berbanding tahun lalu. Hanya kirakira selepas 37 kilometer baru saya berjaya melepaskan diri dari kelompok pendahulu untuk terus memecut ke garisan penamat,” jelas beliau yang menerima tepukan gemuruh setibanya di Stadium Likas.

Perlumbaan anjuran Kinabalu Running Club (KRC) itu mendapat sokongan dari Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB), Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Sabah (JKS), Jabatan Pelajaran Sabah (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta para penaja yang lain.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai melepaskan para peserta dan menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah dengan disaksikan oleh pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai, pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Datuk Louis Rampas, pengurus besar LSNS Penyuki Matta, wakil UNICEF di Malaysia; Marianne ClarkHatti­ngh serta presiden KRC merangkap pengarah pertanding­an Datuk Dr. Heng Aik Cheng.

 ??  ?? SEFLI Ahar berjaya mempertaha­nkan kejuaran Veteran Lelaki.
SEFLI Ahar berjaya mempertaha­nkan kejuaran Veteran Lelaki.
 ??  ?? KENTARO Masuda (kiri) dan Nojiri Azusa menunjukka­n medal juara UNICEF Marathon Antarabang­sa Borneo (BIM) 2017.
KENTARO Masuda (kiri) dan Nojiri Azusa menunjukka­n medal juara UNICEF Marathon Antarabang­sa Borneo (BIM) 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia