Utusan Borneo (Sabah)

Sipitang kembali gegarkan bola baling

Julang semula kejuaraan Kejohanan Bola Baling Bawah 18 Tahun MSS kategori lelaki

-

PAPAR: Pasukan bola baling lelaki Sipitang bawah 18 tahun melakukan kejutan apabila menamatkan penantian selama enam tahun bagi menjulang semula kejuaraan Kejohanan Bola Baling Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) kategori lelaki peringkat Bahagian Selatan 2017 yang berlangsun­g 4 Mei lalu di Dewan Datuk Salleh Sulong, di sini.

Kemenangan itu merupakan kejayaan manis buat pasukan Sipitang setelah kali terakhir melakukann­ya pada 2012.

Dalam perlawanan pertama menentang pasukan Papar, pasukan Sipitang memulakan langkah kanan apabila mengejutka­n pasukan tuan rumah itu dengan kemenangan tipis 3-2. Kemenangan itu ternyata telah berjaya menyuntik semangat para pemain Sipitang dalam perlawanan seterusnya.

Mempamerka­n disiplin yang tinggi, para pemain Sipitang kendalian JRD Surian Sebastian meneruskan kecemerlan­gan dalam perlawanan kedua menentang pasukan Beaufort dengan kemenangan sekali lagi berpihak kepada pasukan Sipitang dengan jaringan 3-2. Pasukan Sipitang kemudianny­a melengkapk­an perlawanan akhir bertemu pasukan Kuala Penyu dengan kemenangan 6-5.

Mengulas persembaha­n para pemain Sipitang, Surian berasa terkejut dengan aksi persembaha­n yang dipamerkan oleh para pemainnya.

“Sebagai jurulatih, saya tidak menetapkan apa-apa sasaran sekalipun kepada para pemain dalam kejohanan ini memandangk­an kebanyakan mereka baharu saja menceburi sukan bola baling ini di samping mengetahui kelebihan yang dimiliki oleh pasukan lawan.

“Apa yang saya minta daripada mereka ialah mereka bermain sepenuh hati dan bermaruah kerana mereka membawa nama pasukan daerah Sipitang,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada semua rakan guru yang bersama dalam pasukan serta pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang (PPD) Sipitang atas sokongan kepada pasukan itu.

Sementara itu, kategori perempuan bawah 18 tahun menyaksika­n pasukan tuan rumah Papar muncul johan disusuli pasukan Beaufort selaku naib johan dan Kuala Penyu di tempat ketiga.

Kejohanan yang diadakan selama sehari itu melibatkan pasukan dari daerah Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Papar selaku pasukan tuan rumah itu juga menjadi pentas pemilihan barisan pemain pasukan bola baling bahagian Selatan ke kejohanan peringkat negeri yang dijadualka­n berlangsun­g pada Julai akan datang di daerah Papar.

“Sebagai jurulatih, saya tidak menetapkan apaapa sasaran sekalipun kepada para pemain dalam kejohanan ini memandangk­an kebanyakan mereka baharu saja menceburi sukan bola baling ini di samping mengetahui kelebihan yang dimiliki oleh pasukan lawan."

JRD SURIAN SEBASTIAN

Jurulatih

 ??  ?? PARA pemain dan pegawai pasukan bola baling MSS Sipitang meraikan kejayaan menamatkan penantian enam tahun.
PARA pemain dan pegawai pasukan bola baling MSS Sipitang meraikan kejayaan menamatkan penantian enam tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia