Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah UMS intai final Powerman Dunia

-

KOTA KINABALU: Kejohanan Antarabang­sa Powerman adalah di bawah kelolaan Internatio­nal Powerman Associatio­n (IPA) yang melibatkan sukan duathlon iaitu berlari dan berbasikal.

Acara duathlon akan dimulai dengan larian, kemudian basikal dan diakhiri dengan larian semula.

Bagi kejohanan Powerman, kategori yang dipertandi­ngkan iaitu pecut jarak pendek, jarak sederhana dan jarak jauh.

Kategori pecut jarak pendek adalah 5 km larian, 30 km berbasikal dan 5km berlari. Jarak acara jarak sederhana pula adalah 10 km larian, 60 km berbasikal dan 10km berlari. Manakala acara jarak jauh melibatkan 10 km larian, 150 km berbasikal dan 30km berlari seperti acara Powerman Zofingen di Switzerlan­d.

Pada tahun ini, terdapat sebanyak sembilan kejohanan siri dunia diadakan di Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara. Selepas kesemua sembilan siri dunia ini tamat maka atlet yang mempunyai mata tertinggi daripada tiga siri akan terpilih ke final Kejohanan Dunia di Zofingen, Switzerlan­d pada bulan September nanti.

Pensyarah Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kol. (PA) Dr Mohamad Nizam Nazarudin telah pun menyertai tiga siri dunia iaitu di Nakhon Nayok (Thailand), Jakarta (Indonesia) dan Putrajaya (Malaysia) pada tahun ini.

Siri kejohanan dunia pertama yang disertai Dr Nizam di Nakhon Nayok telah mendapat tempat ke 10 dalam acara pecutan jarak pendek dengan catatan 2 jam 4 minit 49 saat. Keadaan angin yang laju semasa acara berbasikal sedikit sebanyak telah membantutk­an Dr Nizam mencatatka­n masa yang lebih baik.

Siri kedua yang Dr Nizam sertai ialah di Jakarta, Indonesia dalam kategori pecut jarak dekat menyaksika­n catatan masa 2 Jam 8 minit 27 saat. Catatan masa yang merosot ini diakibatka­n oleh cuaca hujan dan kesesakan jalan ketika perlumbaan. Namun begitu kedudukan Dr Nizam semakin baik apabila mendapat tempat keenam keseluruha­n.

Percubaan terakhir menyaksika­n Powerman Putrajaya sebagai tempat terakhir mengumpulk­an nama bagi kelayakkan kejohanan di dunia 2017. Dengan persiapan agak rapi, sekali lagi Dr Nizam menyertai acara pecut jarak dekat buat kali ketiga.

Keadaan yang agak panas di Putrajaya melakarkan sejarah apabila Dr Nizam berjaya memecahkan rekod peribadi dengan catatan masa 1 jam 47minit 33saat. Secara keseluruha­n beliau berada di tempat ke tujuh dan masih di

dalam kedudukan 10 terbaik. Secara keseluruha­nnya Dr Nizam berpeluang menyertai Kejohanan Dunia di di Powerman Zofingen, Switzerlan­d namun terpaksa menunggu pengesahan sedikit masa lagi. Beliau yang ditemui menyatakan bahawa kekangan utama beliau ketika ini adalah kos perbelanja­an ke Switzerlan­d yang boleh mencecahka­n kepada RM10,000 termasuk tiket penerbanga­n, makanan, penginapan dan pengangkut­an dalaman.

‘Ini semua tidak akan mematahkan semangat saya dan saya akan terus berlatih serta bersedia bila sampai masanya nanti,” ujar beliau lagi.

 ??  ?? POWERMAN di Putrajaya Malaysia, DrNizammen­duduki tujuh terbaik.
POWERMAN di Putrajaya Malaysia, DrNizammen­duduki tujuh terbaik.
 ??  ?? KETIKA Powerman di Thailand, Dr Nizam menduduki ranking 10 terbaik.
KETIKA Powerman di Thailand, Dr Nizam menduduki ranking 10 terbaik.
 ??  ?? NIZAM berbasikal di Powerman Jakarta Indonesia.
NIZAM berbasikal di Powerman Jakarta Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia