Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an perkapalan kargo Sabah perlu lebih efisien

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Aktiviti perkhidmat­an perkapalan kargo Sabah perlu lebih efisien bagi membantu menjayakan pengecuali­an dasar kabotaj di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang berkuatkua­sa 1 Jun depan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata pengecuali­an dasar kabotaj tidak semestinya­dapatmengu­rangkan harga barang.

“Ini kerana, banyak perkara yang harus kita ambil kira seperti sistem penghantar­an barang itu sendiri dan sebagainya.

“Perkara kedua adalah kecekapan pelabuhan kita untuk mengurus pengeluara­n barangan dari luar negeri.

“Saya fikir pendekatan yang terbaik adalah membuat semua sistem penghantar­an kita beroperasi secara lebih efisien,” katanya ditemui selepas Majlis Konvokesye­n Institut Kemahiran Mara (IKM) ke-10 di sini, kelmarin.

Beliau diminta mengulas pengumuman pengecuali­an dasar kabotaj oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran Ekspresi Negaraku di Padang Perbandara­n Sandakan, kelmarin.

Masidi menjelaska­n apa yang diperlukan adalah memastikan bahawa kebaikan yang datang daripada penghapusa­n dasar kabotaj itu betul-betul dapat diterjemah­kan kepada penguranga­n harga barangan dari luar negeri, khususnya Semenanjun­g.

“Jika dilihat, antara faktor yang menyumbang kepada kos harga barangan ini adalah kerana masa yang diambil untuk mengeluark­an barangan daripada kapal ke pelabuhan dan keluar dari pelabuhan yang terlalu lama.

“Jadi, kapal mengenakan apa yang dipanggil dalam terminolog­i bayaran kelewatan ataupun bayaran kapal itu menunggu lebih lama untuk semua barangan itu dimuatnaik atau dikeluarka­n daripada kapal berkenaan.

“Kos ini akan diterjemah­kan kepada kos barangan yang lebih tinggi pada akhirnya,” katanya.

Menurutnya salah satu jalan yang diperlukan adalah sistem atau rangkaian pengedaran yang lebih efisien.

“Maksudnya, rangkaian pengedaran barangan itu harus berjalan dengan lancar supaya ia tidak melibatkan kos birokrasi yang terlalu tinggi.

“Dan, mereka datang membuat penghantar­an serta rangkaian pemasarann­ya dapat melakukany­a dengan segera seterusnya mengurangk­an kos yang tidak diperlukan dalam harga runcit barangan pada hari ini,” jelasnya.

Sementara itu, Masidi berkata pengumuman pengecuali­an dasar kabotaj itu sangat dialualuka­n dan dikehendak­i oleh masyarakat Sabah atau wilayah yang terlibat.

“Dalam konteks ini, saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan saya fikir seluruh rakyat Sabah menunggu pengumuman ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia