Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan Perdana Teater Muzikal Pesta Sabah 2017

Sambutan 40 tahun SMKA Sabah Limauan penuh gemilang

- Oleh SADDAM EDRIS

Kita amat menghargai dan mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada semuaAJKke­rjasertaal­umniyang sudi berganding bahu menaja dan memastikan kehadiran para bekas guru berjalan lancar dan ” sempurna. HAJI SALMAN ISMAIL Pengarah Program

SAMBUTAN Ulangtahun ke-40 SMKA Agama Sabah Limauan akhirnya sampai ke acara kemuncak dengan penganjura­n Majlis Makan Malam Mega (GRu405one) di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Majlis itu antara pengisian sambutan ulangtahun selain mengadakan Simposium 40 Tahun SMKA Sabah Limauan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Majlis Tahlil di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan sehari sebelumnya.

Pengarah Program Haji Salman Ismail berkata majlis itu amat bermakna kerana ia julung kali diadakan dan berjaya menghimpun­kan hampir 600 orang terdiri bekas pelajar, guru-guru dan mantan kakitangan SMKA Sabah Limauan di dalam satu dewan yang penuh gilang-gemilang itu.

“Sebanyak 26 kohot pengambila­n bermula tahun 1977 hingga 2002 terlibat termasukla­h seramai 50 guru berjaya dikumpulka­n dalam majlis ini.

“Kita amat menghargai dan mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada semua AJK kerja serta alumni yang sudi berganding bahu menaja dan memastikan kehadiran para bekas guru berjalan lancar dan sempurna.

“Kita juga merasa bertuah dan menghargai kesudian para bekas guru dan kakitangan sekolah yang sanggup meluangkan masa bersama bekas pelajar di majlis ini,” katanya.

Menurut Salman majlis itu juga secara simbolikny­a berjaya mengukuhka­n ukhuwah sesama alumni bersama bekas guru-guru yang berpuluh tahun terpisah dengan pelajarnya.

Pada majlis berkenaan, seramai 40 bekas pelajar SMKA Sabah Limauan yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya dan kemasyarak­atan diberikan penghargaa­n khas oleh alumni.

Sementara itu, Mufti Negeri Sabah Datuk Ustaz Hj Bungsu @Aziz Hj Jaafar ketika berucap merasmikan majlis berkenaan memuji usaha Alumni SMKA Sabah Limauan yang komited menganjurk­an program sedemikian.

Katanya kejayaan SMKA Sabah Limauan melahirkan pelajar yang kini menjawat pelbagai jawatan dalam bidang profesiona­l selain keagamaan adalah bukti kejayaan sistem pendidikan di Sabah yang menekankan keseimbang­an kemahiran serta jati diri berteraska­n dasar pendidikan Agama Islam suatu ketika dahulu.

Bungsu juga berkesempa­tan menyaksika­n penyerahan Tanah Waqaf oleh Haji Salman kepada Alumni SMKA Sabah Limauan yang mana ia dirancang sebagai tapak penubuhan Pusat Ilmu Limauan di Kampung Andus Papar.

Pengisian majlis itu termasukla­h perarakan masuk bekas guru-guru SMKA Sabah Limauan, bacaan nasyid Asma ulHusna diikuti nyanyian lagu sekolah.

Seterusnya, penyampaia­n amanat daripada Pengetua Pertama SMKA Sabah Limauan Haji Ismail Hassan dan wakil guru iaitu Mohd Ghazali Abu Bakar.

Ismail ketika berucap sempat mengimbau kembali sejarah permulaan operasi SMKA Sabah Limauan seawal tahun 1977 yang mana keadaan sekolah pada masa itu serba kekurangan.

Ghazali pula mengulas mengenai tema program iaitu ‘Kemenjadia­n Insan’ kepada para pelajar SMKA Sabah Limauan yang pada beliau berguna sebagai tarbiyah pendidikan yang menekankan keseimbang­an rohani dan jasmani selain hubungan akrab antara murid dan guru.

Beliau turut melahirkan rasa terharu kerana penganjura­n majlis itu membuktika­n semangat kasih sayang sesama guru dan pelajar SMKA Sabah Limauan yang sentiasa subur dan berpanjang­an.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Sabah Dr Kassim Tusin bersama beberapa pengetua Sekolah Menengah Agama yang ada di Sabah.

Lebih mengujakan lagi, persembaha­n drone yang membawa logo sambutan di dalam dewan berserta tayangan ‘Montaj Gru405one’ berjaya menarik perhatian hadirin pada malam itu.

Sehari sebelum majlis diadakan, Simposium 40 Tahun Sumbangan SMKA Sabah Limauan kepada Pembanguna­n Negeri Sabah berlangsun­g dengan jayanya di UMS yang dihadiri hampir 300 orang terdiri beberapa pengetua sekolah agama di Sabah, pensyarah UMS, mantan guru dan ahli Alumni SMKA Sabah Limauan, serta pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan.

Simposium 40 Tahun SMKA Sabah Limauan disempurna­kan oleh Pembantu kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Ariffin Hj Ariff seterusnya menerima beberapa resolusi memartabat­kan pendidikan Islam serta impaknya kepada pembanguna­n negeri Sabah yang sudah dibentang dan diputuskan semasa simposium itu berlangsun­g.

 ??  ??
 ??  ?? BUNGSU (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan gimik perasmian sambutan 40 tahun SMKA Sabah Limauan.
BUNGSU (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan gimik perasmian sambutan 40 tahun SMKA Sabah Limauan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N drone membawa logo sambutan 40 tahun SMKA Sabah Limauan menarik perhatian ramai.
PERSEMBAHA­N drone membawa logo sambutan 40 tahun SMKA Sabah Limauan menarik perhatian ramai.
 ??  ?? SESI bekas pelajar memohon restu dan kemaafaan kepada bekas guru masing-masing.
SESI bekas pelajar memohon restu dan kemaafaan kepada bekas guru masing-masing.
 ??  ?? SALMAN (dua kanan, hadapan) menyampaik­an replika Tanah Wakaf kepada Samin (kiri) selaku wakil Alumni SMKA Sabah Limauan dan turut diperhatik­an oleh Bungsu pada majlis berkenaan.
SALMAN (dua kanan, hadapan) menyampaik­an replika Tanah Wakaf kepada Samin (kiri) selaku wakil Alumni SMKA Sabah Limauan dan turut diperhatik­an oleh Bungsu pada majlis berkenaan.
 ??  ??
 ??  ?? DETIK berharga dijadikan gambar kenangan terindah bersama bekas guru SMKA Sabah Limauan.
DETIK berharga dijadikan gambar kenangan terindah bersama bekas guru SMKA Sabah Limauan.
 ??  ?? BARISAN AJK Majlis Makan Malam GRu405one merakam gambar kenangan.
BARISAN AJK Majlis Makan Malam GRu405one merakam gambar kenangan.
 ??  ?? PESERTA Batch 84 yang berjaya memenangi pakaian terbaik.
PESERTA Batch 84 yang berjaya memenangi pakaian terbaik.
 ??  ?? GELAGAT ahli Alumni dengan gaya yang tersendiri.
GELAGAT ahli Alumni dengan gaya yang tersendiri.
 ??  ?? JASA guru tidak pernah dilupakan.
JASA guru tidak pernah dilupakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia