Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga pelajar lemas tuntut penjelasan pihak bertanggun­gjawab

Minta pihak berkuasa ambil tindakan segera

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

“Sehingga kini selepas tempoh seminggu kejadian, tiada sebarang pihak tampil menemui kami untuk menjelaska­n apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabka­n insiden maut kepada anak kami. ” NORISHAM PURAH Wakil tiga keluarga

PUTATAN: Keluarga tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan yang meninggal dunia akibat lemas ketika mengikuti Program Kem Kepimpinan mahu menuntut penjelasan penuh daripada pihak bertanggun­gjawab terhadap kejadian terbabit.

Kesemua mangsa terlibat dalam program yang dianjurkan sekolah berkenaan di sebuah resort di Membakut pada 29 April lepas.

Wakil ketiga-tiga keluarga Norisham Purah berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan pihak sekolah mahupun resort berkenaan kerana tidak tampil menemui mereka untuk menjelaska­n kejadian sebenar yang berlaku ketika program terbabit dilaksanak­an.

“Sehingga kini selepas tempoh seminggu kejadian, tiada sebarang pihak tampil menemui kami untuk menjelaska­n apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabka­n insiden maut kepada anak kami.

“Kami juga tidak menerima sebarang notis atau surat rasmi memaklumka­n mengenai kejadian ini dan hanya wakil sekolah sahaja datang untuk meminta maaf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan oleh keluarga mangsa bagi menuntut penjelasan pihak bertanggun­gjawab, di sini, kelmarin.

Norisham berkata pihaknya hanya mengetahui perkara sebenar apabila dimaklumka­n oleh salah seorang saksi kejadian yang juga antara mangsa terselamat dalam kejadian itu.

“Menurut saksi, kumpulan mereka yang pertama diarah untuk menjalanka­n aktiviti merentasi halangan iaitu melalui kawasan berair dengan hanya dipantau oleh pekerja resort tanpa ada guru pengiring turut serta dalam kumpulan mereka.

“Pekerja resort terbabit kemudian mengarahka­n anggota kumpulan berkenaan termasuk anak kami (mangsa) turun ke dalam kawasan berair itu tanpa pengetahua­n serta kebenaran guru pengiring.

“Akibatnya, ada pelajar iaitu anakanak kami terperangk­ap hingga menyebabka­n mereka lemas,” katanya.

Sebelum kejadian jelasnya, sekolah memaklumka­n program itu tidak membabitka­n sebarang aktiviti air dan perkara terbabit turut diakui guru sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak berpuas hati kerana pihak sekolah tidak memberitah­u perkara sebenar dan hanya memaklumka­n kejadian itu disebabkan oleh mangsa yang tergelinci­r kerana tanah runtuh berdekatan kawasan kejadian.

Beliau yang terkilan dengan kejadian itu mendakwa tindakan guru-guru yang menyertai program itu sebagai tidak bertanggun­gjawab kerana tidak bersama-sama dengan kumpulan pelajar ketika aktiviti dijalankan.

Pada masa masa, pihaknya turut mempersoal­kan tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada guru pengiring untuk menjaga dan mengawasi pelajar sepanjang program berkenaan.

Selain itu, keluarga mangsa juga tidak berpuas hati dengan ciri-ciri keselamata­n disediakan di dalam resort terbabit kerana gagal menyediaka­n papan tanda amaran sebagai larangan pengunjung memasuki kawasan berbahaya.

Norisham berkata pihak berkuasa termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak dimaklumka­n terlebih dahulu mengenai program itu.

“Sewaktu kejadian, pelajar tidak dapat membuat panggilan kecemasan berikutan telefon bimbit mereka disimpan oleh guru pengiring. Di kawasan itu juga tiada isyarat laluan telefon.

“Kami minta pihak berkuasa untuk menjalanka­n siasatan secara terperinci berhubung kejadian ini supaya pihak yang tidak bertanggun­gjawab dapat dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu mengambil tindakan terhadap guru yang mengendali­kan program ini mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Keluarga mangsa juga sudah mengambil khidmat peguam untuk mengendali­kan kes terbabit dan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengemukak­an saman jika tiada penjelasan terperinci dikemukaka­n daripada sekolah serta resort berkenaan.

Pihaknya juga sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 4 Mei lalu untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam kejadian 29 April lepas, kirakira jam 9.30 pagi, ketiga-tiga mangsa iaitu Danial Norman Norisham, 16, Quzaimi Jakaria, 17, dan Hafiz Hamizan Abd Rahman, 16, ditemukan meninggal dunia akibat terperangk­ap di dasar kawasan berair semasa menyertai program itu.

Turut hadir di sidang media itu ialah isteri Norisham, Fatimah Md Salleh, ibu bapa kepada Quzaimi, Jakaria Osman dan Anisah Jaafar, serta ibu bapa kepada Hafiz, Abd Rahman Ahmad dan Nurfazryen­a Fung Abdullah.

 ??  ?? NORISHAM dan Jakaria menunjukka­n laporan polis yang dibuat di IPD Penampang pada 4 Mei lalu.
NORISHAM dan Jakaria menunjukka­n laporan polis yang dibuat di IPD Penampang pada 4 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia