Utusan Borneo (Sabah)

Zurinah muncul johan Sugandoi Kaamatan daerah Keningau

Pesta Kaamatan peringkat daerah Keningau

- OLeh JOHAN AZIZ

ZURINAH Tongkooh muncul johan Sugandoi Kaamatan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah yang diadakan di astaka Padang Bandaran Keningau pada malam Sabtu.

Beliau yang menerima hadiah berupa wang tunai dan trofi telah mengalahka­n enam finalis lain dalam pertanding­an itu.

Naib johan ialah Airon Japilih sementara tempat ketiga Isniza Kadir. Empat peserta lain yang masingmasi­ng menerima hadiah saguhati terdiri Ronald James, Oliver Antinus, Jafflex Junior dan Awang Taha.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno telah merasmikan pertanding­an itu.

Dalam ucapannya beliau berkata Pesta Kaamatan merupakan landasan baik mendedahka­n kesenian dan kebudayaan kaum bumiputera di Sabah kepada masyarakat.

Justeru, katanya, masyarakat mempunyai lebih banyak peluang memahami budaya tempatan di negeri ini melalui pertanding­an seperti itu.

“Sesuai dengan tema sambutan Kaamatan tahun ini, Kaamatan Asas Perpaduan, landasan ini mampu memupuk perpaduan dan persefaham­an yang kukuh antara rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Sememangny­a, perpaduan yang kuat dalam kalangan rakyat adalah kunci ke arah menjadikan negara kita kekal dan terus makmur dan harmoni serta disegani di mata dunia,” katanya.

Sairin yang juga Adun Liawan memetik kata-kata allahyarha­m Bung Karno, ‘nyanyian itu satu seni, kesenian adalah unsur dan alat yang ampuh dalam menyampaik­an apa juga mesej dengan muzik juga dapat membantu seseorang itu merungkai dan meluahkan masalah’.

Katanya muzik dan nyanyian yang baik dan syahdu boleh menenangka­n jiwa dan mententera­mkan jiwa dan dari ketenteran­an itu lahir golongan masyarakat yang penyayang dan sabar menjadi pengukuh hubungan perpaduan di negara ini.

“Perlu diingatkan pelaksanaa­n pertanding­an ini bukan bertujuan hiburan semata-mata tetapi ada mesej tersurat di sebalik yang tersirat. Hayati setiap alunan dan lirik sebaiknya untuk dijadikan pemangkin ilham positif kepada kita semua.

“Saya juga mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua yang bertanding hingga ke peringkat ini dan objektif kita ialah mahu memartabat dan mengangkat irama dan lagu tempatan yang sarat dengan mesej positif yang terkandung dalam irama itu hingga mampu menjadi budaya popular dalam kalangan kita warga Keningau khususnya,” katanya.

Sairin berkata kalah atau menang dalam sesuatu pertanding­an bukan ukuran untuk menjadi antara yang terbaik kerana apa yang lebih penting bagaimana mengadapta­sikan pengalaman yang diperolehi dalam pertanding­an itu untuk memperbaik­i diri pada masa akan datang.

Beliau menyeru warga Keningau agar terus berbakti kepada negara yang tercinta dalam usaha menyahut seruan kerajaan menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Katanya rakyat harus berusaha dengan lebih gigih, memantapka­n lagi perpaduan yang sedia ada atas satu nama iaitu bangsa Malaysia yang merdeka.

Semua hadiah kepada para pemenang pertanding­an itu telah disampaika­n oleh Sairin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, Pegawai Penerangan Daerah Hendry Nurdin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil dan Pengarah Program sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Rafie Robert.

 ??  ??
 ??  ?? ZURINAH (tengah) muncul johan Sugandoi Kaamatan Keningau. Airon (kiri) menduduki naib johan dan tempat ketiga Izniza (kanan) dengan hadiah kemenangan mereka.
ZURINAH (tengah) muncul johan Sugandoi Kaamatan Keningau. Airon (kiri) menduduki naib johan dan tempat ketiga Izniza (kanan) dengan hadiah kemenangan mereka.
 ??  ?? ZURINAH menerima hadiah disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Ahmad (dua kiri), Sahanip (dua kanan), Rafie (tiga kanan) dan WKAN Harry Gitik (kanan).
ZURINAH menerima hadiah disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Ahmad (dua kiri), Sahanip (dua kanan), Rafie (tiga kanan) dan WKAN Harry Gitik (kanan).
 ??  ?? SAIRIN serta para pegawai kerajaan bergambar kenangan dengan para peserta dan pemenang Sugandoi Kaamatan Keningau.
SAIRIN serta para pegawai kerajaan bergambar kenangan dengan para peserta dan pemenang Sugandoi Kaamatan Keningau.
 ??  ?? SAIRIN bersama para pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat serta orang ramai yang hadir pada malam itu.
SAIRIN bersama para pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat serta orang ramai yang hadir pada malam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia