Utusan Borneo (Sabah)

RM80 juta naiktaraf landasan Sandakan

Bakal jana sektor pelanconga­n, perhotelan dan ekonomi rakyat

- Oleh YUSOP TEPPO

“Saya melihat Sandakan memerlukan suntikan dan pertolonga­n kerajaan Pusat. Sandakan telah melalui zaman keemasanny­a waktu zaman pembalakan satu ketika dahulu. Sandakan mempunyai masa depan yang cerah dan sebagai seorang pemimpin kita perlu merasai denyut nadi rakyat. ” DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 juta mampu menjana sektor pelanconga­n dan perhotelan di Sabah khususnya di Sandakan.

“Saya melihat Sandakan memerlukan suntikan dan pertolonga­n kerajaan Pusat. Sandakan telah melalui zaman keemasanny­a waktu zaman pembalakan satu ketika dahulu. Sandakan mempunyai masa depan yang cerah dan sebagai seorang pemimpin kita perlu merasai denyut nadi rakyat.

“Kita juga mesti juga sebagai seorang pemimpin yang sanggup mendengar untuk merancang dan membuat keputusan di luar jadual seperti projek yang tidak dirancang ini untuk memanjangk­an landasan Lapangan Terbang Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n bangunan terminal baharu dan pelancaran projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan, di sini, kelmarin.

Najib berkata projek itu tiada dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) tetapi apabila turun ke Sandakan pada 3 Mac lepas, beliau telah mendengar pihak pengusaha pelanconga­n meluahkan isi hati mereka agar landasan lapangan terbang dipanjangk­an bagi memastikan bandar ini dipenuhi oleh pelancong luar negara.

“Hotel, kedai-kedai dan pusat pelanconga­n di Sandakan akan dipenuhi oleh para pelancong. Ini akan lebih menjana ekonomi rakyat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata apabila mendengar luahan pengusaha pelanconga­n itu, beliau terus menghubung­i Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan bagi meluluskan projek berkenaan.

“Kos sebanyak RM80 juta diperuntuk­kan bagi pemanjanga­n landasan ini, kontraktor sudah dilantik dan kontraktor­nya adalah sama dengan mereka yang membina terminal baharu itu,” katanya.

Najib berkata sekarang rundingan harga sedang dilakukan dan pihaknya mahu projek itu dimulakan pada Jun.

Katanya jika kontraktor yang dilantik itu lambat, akan beri kepada kontraktor lain. Dengan pemanjanga­n landasan dan terminal baharu itu, kapasiti penumpang dapat ditingkatk­an kepada 1.4 juta orang (setahun).

Beliau menegaskan kerajaan membuat semua itu kerana prihatin terhadap kehendak rakyat Sabah.

“Kita datang dari keluarga dan parti sama, kita boleh runding. Saya sebagai Perdana Menteri, apa yang saya fikir penting dan diperlukan, saya akan luluskan untuk rakyat Sabah.

“Saya mahu negeri Sabah ini maju ke hadapan seimbang dengan negeri lain di Semenanjun­g berdasarka­n potensi Negeri Sabah ini yang amat besar sekali. Apa yang Sabah perlu adalah infrastukt­ur,” katanya.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan barisan kepimpinan Barisan Nasional.

 ??  ?? NAJIB melancarka­n bangunan terminal baharu dan pelancaran projek naiktaraf landasan sambil diperhatik­an oleh Musa, Liow dan para pemimpin lain.
NAJIB melancarka­n bangunan terminal baharu dan pelancaran projek naiktaraf landasan sambil diperhatik­an oleh Musa, Liow dan para pemimpin lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia