Utusan Borneo (Sabah)

Beri tumpuan martabatka­n TVet

Pastikan semua belia miliki kepakaran dan kemahiran

- Oleh ALFRED PETRUS

DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Institut Kemahiran Mara (IKM) disarankan untuk terus memberi tumpuan kepada usaha memartabat­kan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVet).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata tumpuan berkenaan adalah bagi memastikan semua belia memiliki kepakaran serta kemahiran.

“Ia adalah untuk memacu produktivi­ti tenaga kerja berdasarka­n 35 peratus tenaga kerja berkemahir­an menjelang tahun 2020 selaras dengan sektor-sektor teras yang terkandung dalam Dasar Halatuju Pembanguna­n dan Kemajuan Sabah 2016-2035,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Konvokesye­n IKM kali ke-10 di sini, kelmarin. Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Musa berkata selaras dengan perubahan besar landskap pendidikan negara, peranan TVet telah berganjak dari mentaliti menara gading kepada peranan yang lebih holistik melalui pendekatan keterangku­man serta pemanfaata­n kepakaran meneraju institusi-institusi kemahiran.

Katanya kerajaan negeri akan terus menyokong usaha dan inisiatif Mara dalam menjayakan program-program yang melahirkan modal insan berkualiti serta kompeten dengan meningkatk­an penglibata­n pelajar Sabah dalam program TVet.

“Aspek ini amat penting bagi meningkatk­an lagi taraf hidup rakyat dan melonjakka­n pembanguna­n negeri bagi mentransfo­rmasikan ekonomi tempatan.

“Bagi memacu kepesatan pembanguna­n negeri ke tahap lebih tinggi, kita memerlukan rakyat khususnya golongan belia yang memiliki ilmu pengetahua­n dan kemahiran.

“Oleh itu, kerajaan negeri komited untuk melipatgan­dakan lagi usaha bagi meningkatk­an dan menambahba­ik potensi pembanguna­n belia dengan menyediaka­n hala tuju yang jelas, kerjaya dan peluang-peluang kemahiran,” jelasnya.

Musa turut menyeru kepada generasi muda Sabah agar memanfaatk­an sepenuhnya peluang yang diberikan dengan menyertai kursus dan program yang ditawarkan oleh IKM Kota Kinabalu.

“Ini kerana, kursus-kursus berkaitan kemahiran adalah selaras dengan sektor-sektor teras yang terkandung dalam Dasar Halatuju Pembanguna­n dan Kemajuan Negeri Sabah,” tambahnya. Sementara itu, seramai 579 pelajar dari pelbagai bidang menerima sijil konvokesye­n di majlis berkenaan.

“Ia adalah untuk memacu produktivi­ti tenaga kerja berdasarka­n 35 peratus tenaga kerja berkemahir­an menjelang tahun 2020 selaras dengan sektor-sektor teras yang terkandung dalam Dasar Halatuju Pembanguna­n dan Kemajuan Sabah 2016-2035. ”

 ??  ?? MASIDI (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar IKM pada majlis berkenaan.
MASIDI (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar IKM pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia