Utusan Borneo (Sabah)

Menyemai budaya membaca dalam kalangan orang dewasa

-

KUALA LUMPUR:Kemajuan teknologi komputer dan ledakan teknologi maklumat secara global telah mengubah pola tingkah laku dan menguasai gaya hidup manusia sehingga amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia menurun begitu mendadak.

Fenomena ini memburukka­n lagi keadaan apabila golongan dewasa masa kini lebih terdedah kepada hiburan dalam bentuk digital dan peranti elektronik.

Mereka tidak lagi menemukan keseronoka­n dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang dan lebih berpaksika­n maklumat daripada Facebook, Whatsapp dan Twitter.

Sindrom malas membaca amat mudah menular dalam kalangan orang dewasa berbanding minat membaca yang lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

Pengarah, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (NBCM), Abd Wahab Ibrahim, berkata tabiat membaca perlu dipupuk sejak kecil bagi menangani isu bilangan pembaca dalam kalangan masyarakat.

Walaupun senario tersebut seolah-olah nampak ada peningkata­n namun ia memerlukan proses yang lebih lama untuk memupuk tabiat membaca di mana purata seorang rakyat Malaysia membaca hingga 15 buku setahun, katanya.

“Bayangkan, pada tahun 2003, kami mempunyai masyarakat yang hanya membaca beberapa halaman buku setiap tahun. Kami bergerak untuk mencapai sasaran negara maju dengan 16 buah buku setiap tahun...iaitu penanda aras mencapai purata 20 buah buku setahun menjelang 2020,” katanya kepada Bernama sempena Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, baru-baru ini.

PBAKL 2017 selama 10 hari dan berakhir hari ini telah menampilka­n 905 gerai buku oleh 229 pempamer tempatan dan antarabang­sa dari Singapura, Indonesia, Brunei, Arab Saudi, Kuwait, India, Australia, Iran, Syria, Lubnan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Tidak seperti golongan dewasa, Abd Wahab berkata kanak-kanak bersekolah membaca antara 400 dan 500 tajuk buku setiap tahun dan ia mungkin kerana mereka perlu membaca buku teks dan sastera.

“Kita perlu mendapatka­n orang awam lebih membaca dan cara untuk mereka mengakses kepada buku-buku berkualiti perlu menjadi kebimbanga­n pada masa ini,” katanya.

Katanya, pihaknya bersamasam­a dengan Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) sentiasa berusaha mengadakan insiatif bagi meningkatk­an bilangan pembaca dalam kalangan masyarakat.

Beliau percaya dengan menembusi aktviti pendigital­an bahan bacaan, maka ia akan membantu meningkatk­an amalan membaca dalam kalangan individu dewasa kerana kebanyakan mereka sukar menjalanka­n kehidupan harian mereka tanpa memegang telefon pintar.

“Menerusi pameran ini, kami juga telah mula mengguna pakai kaedah ini terutama aktiviti mencari harta karun dengan aplikasi iaitu ‘AR digital book hunt@PBAKL’, ‘yang memberi peserta imej 3 dimensi (3D) dan petunjuk tentang ‘harta’,” katanya.

Selaras dengan tema PBAKL 2017, ‘Negaraku: Kepintaran Kreatif Melakar Tamadun’, Abd Wahab berkata bahawa majlis itu juga akan membangunk­an pautan tentang cintakan buku dan negara dalam kalangan orang dewasa.

Misalnya, kami mengadakan pertanding­an gambar kreatif berkaitan buku yang menyatakan cinta dan kebanggaan terhadap negara, katanya.

Katanya, pesta buku tahun ini telah menarik 2.5 juta pengunjung berbanding 2.2 juta tahun lepas.

“Misi NBCM adalah untuk memastikan setiap warga Malaysia mempunyai sebuah buku di tangan menjelang 2020 dan ia tidak mustahil kerana setiap individu seklurang-kurangnya memiliki telefon pintar dan mereka boleh membaca dengan mudah dengan memuat turun buku elektronik (e-buku).

“Hanya sikap yang perlu kita usahakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia