Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan Rela juara Paluan Gong

Sempena Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

“Kedua-dua

acara ini adalah wajib diadakan di daerah kita setiap kali sambutan Pesta Kaamatan bagi memeriahka­n lagi suasana selain memupuk perpaduan serta permuafaka­tan dalam kalangan jawatankua­sa penganjur dan penduduk setempat ” FAIMIN KAMIN Pengerusi Jawatankua­sa Induk Pesta Kaamatan

PERTANDING­AN Paluan Gong yang diserentak­kan dengan Sukan Rakyat sempena sambutan Pesta Kaamatan Daerah Ranau berlangsun­g meriah.

Aktiviti yang diadakan di perkaranga­n Pejabat Persekutua­n Ranau itu, baru-baru ini, telah mendapat penyertaan menggalakk­an daripada ratusan penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat dari Ranau dan Kundasang.

Pertanding­an paluan gong menyaksika­n kesepaduan bunyi paluan gong daripada pasukan Rela membolehka­n mereka muncul juara, disusuli Simpang Poring (naib johan), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau di tempat ketiga dan Pasukan Lohan di tempat keempat.

Sementara Sukan Rakyat yang turut melibatkan beberapa acara baharu termasukla­h main gasing, ‘sumpadil’ atau ‘padil’ yang diperbuat daripada bambu, sambut belon berisi air dan tali beracun mendapat penyertaan ramai selain acara biasa seperti tarik tali, ‘milokud’ (gusti lengan), menyumpit, kupas pinang tua, main gala dan boling kelapa tua.

Peserta dari Kg Bundu Tuhan, Dannel Eku, 18, muncul juara baharu acara milokud setelah menewaskan Shamsul Samon, 32, dari Kg Muhibbah Ranau manakala, Steven Ampilah, 25, dari Kg Bundu Tuhan menduduki tempat ketiga daripada lebih 20 peserta yang berentap. Sementara tarik tali dimenangi Pasukan Bonama diketuai Erodes Paramin, yang menewaskan lebih 10 pasukan lain.

Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Pesta Kaamatan peringkat daerah bagi tahun ini, Faimin Kamin dalam ucapan perasmiann­ya memuji dan merakam ucapan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah kerana mengelola Pertanding­an Paluan Gong dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang mengendali­kan Sukan Rakyat, di atas kejayaan menganjurk­an kedua-dua acara yang merupakan antara pengisian Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau setiap tahun.

“Kedua-dua acara ini adalah wajib diadakan di daerah kita setiap kali sambutan Pesta Kaamatan bagi memeriahka­n lagi suasana selain memupuk perpaduan serta permuafaka­tan dalam kalangan jawatankua­sa penganjur dan penduduk setempat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni Hashim berterima kasih kepada Pegawai Daerah kerana memberi kepercayaa­n kepada PPD Ranau dan Rela untuk mengendali­kan dua program penting itu yang diadakan secara serentak dan sememangny­a ditunggu-tunggu para penduduk untuk menyertain­ya.

“Kita berterima kasih di atas kepercayaa­n yang diberikan dan kerjasama bersepadu oleh jawatankua­sa pelaksana serta orang ramai menjayakan kedua-dua acara dengan melibatkan diri dalam acara yang dipertandi­ngkan,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Rela Daerah Ranau Ruzi K Frdaus dan para penyelia kanan dari PPD Ranau.

 ??  ??
 ??  ?? (gambar bawah) FAIMIN, Ruzi dan Siti Hamni menunjukka­n alat sumpadil yang turut dipertandi­ngkan.
(gambar bawah) FAIMIN, Ruzi dan Siti Hamni menunjukka­n alat sumpadil yang turut dipertandi­ngkan.
 ??  ?? SHAMSUL menerima hadiah disampaika­n Ruji diperhatik­an Mozaine dan Losius (kanan).
SHAMSUL menerima hadiah disampaika­n Ruji diperhatik­an Mozaine dan Losius (kanan).
 ??  ?? (gambar atas) FAIMIN menyumpit belon sebagai gimik perasmian, diperhatik­an Siti Hamni dan Ruzi.
(gambar atas) FAIMIN menyumpit belon sebagai gimik perasmian, diperhatik­an Siti Hamni dan Ruzi.
 ??  ??
 ??  ?? (gambar bawah) PENGAMAL media kiri menerima penghargaa­n membuat liputan akhbar acara yang dijalankan.
(gambar bawah) PENGAMAL media kiri menerima penghargaa­n membuat liputan akhbar acara yang dijalankan.
 ??  ?? (gambar atas) SITI Hamni menyampaik­an cenderahat­i kepada Faimin diperhatik­an Ruzi.
(gambar kiri) PASUKAN Bonama bergambar kenangan dengan Ruzi.
(gambar atas) SITI Hamni menyampaik­an cenderahat­i kepada Faimin diperhatik­an Ruzi. (gambar kiri) PASUKAN Bonama bergambar kenangan dengan Ruzi.
 ??  ?? PENOLONG Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Muzainie Yukin berinterak­si dengan seorang warga emas yang turut berkunjung ke Pertanding­an Paluan Gong.
PENOLONG Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Muzainie Yukin berinterak­si dengan seorang warga emas yang turut berkunjung ke Pertanding­an Paluan Gong.
 ??  ?? LUSIUS menyampaik­an hadiah johan kepada pasangan acara sambut belon berisi air.
LUSIUS menyampaik­an hadiah johan kepada pasangan acara sambut belon berisi air.
 ??  ?? PARA pemenang gusti lengan bersama Moraine dan Losius.
PARA pemenang gusti lengan bersama Moraine dan Losius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia