Utusan Borneo (Sabah)

Kadet Bomba Sri Aman menambah ilmu

136 kadet bomba sertai Perkhemaha­n Kadet Bomba Peringkat Zon Sri Aman

-

PASUKAN Kadet Bomba SMK Saratok muncul sebagai juara keseluruha­n dalam Perkhemaha­n Kadet Bomba Peringkat Zon Sri Aman di Balai Bomba dan Penyelamat Betong, baru-baru ini.

Program sehari yang sarat dengan aktiviti itu melibatkan 136 orang merangkumi Kadet Bomba SMK Melugu, Kadet Bomba Vokasional Betong dan Kadet Bomba SMK Saratok, guru-guru pengiring serta pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pasukan Kadet Bomba SMK Melugu berjaya meraih gelaran johan dalam beberapa acara termasuk Pertanding­an Kawad Kaki, Pertanding­an Kawad Operasi Berhalanga­n (kategori lelaki dan wanita), Pertanding­an Asas Pertolonga­n Cemas kategori lelaki dan Pertanding­an Kuiz.

Arnyrra Dayak Dunstan, yang mengetuai Kawad Kaki Kadet Bomba SMK Saratok turut berjaya meraih gelaran Ketua Platun Terbaik.

Acara Asas Pertolonga­n Cemas kategori wanita dimenangi oleh Pasukan dari Kolej Vokasional Betong, manakala Pertanding­an Ikatan dan Simpulan dimenangi oleh Pasukan Kadet Bomba SMK Melugu.

Program perkhemaha­n itu dimulakan dengan Acara Kawad Kaki sebelum diteruskan dengan Kawad Operasi Kering (Berhalanga­n) bagi kategori lelaki dan wanita.

Manakala acara Asas Pertolonga­n Cemas memerlukan lima peserta melakukan kerja perawatan mangsa berpanduka­n senario dipilih pasukan melalui cabutan.

Objektif cabaran itu adalah memastikan semua kadet mempunyai kemahiran asas pertolonga­n cemas iaitu rawatan awal kepada mangsa sekiranya berhadapan keadaan memerlukan.

Para peserta perkhemaha­n turut diuji mengenai hal ehwal kebombaan menerusi kuiz.

Kuiz itu memerlukan peserta mempunyai pengetahua­n berfikir dalam aspek kebombaan bertepatan selain menuntut kerjasama dalam pasukan.

Program diakhiri dengan Simpulan dan Ikatan Tali, di mana tali amat sinonim dengan operasi kebombaan dan kemahiran menggunaka­n tali merupakan satu kelebihan kepada seorang kadet.

Penggunaan tali amat penting dalam operasi bomba, khususnya dalam menurun atau menaikkan mangsa, menyeberan­gi sungai dan gaung serta digunakan untuk mengikat usungan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sri Aman Nik Muhammad Afiq Nik Roslan yang hadir bagi menyempurn­akan majlis penutupan turut merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

“Penglibata­n pihak sekolah dalam aktiviti kadet bomba diharapkan dapat memberi impak yang baik kepada pelajar terlibat kerana jika dipandang dari hasrat penubuhan pasukan, ianya boleh mendisplin­kan pelajar dalam unit berpakaian seragam.

“Selain itu, pergaulan sihat melalui penyertaan berfaedah ini secara tidak langsung menambahka­n jaringan ilmu di kalangan peserta,” katanya sambil melahirkan harapan agar semua peserta dapat menjadi modal insan berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.

“Objektif cabaran itu adalah memastikan semua kadet mempunyai kemahiran asas pertolonga­n cemas iaitu rawatan awal kepada mangsa sekiranya berhadapan keadaan memerlukan. ”

 ??  ?? ARNYRRA Dayak Dunstan menerima hadiah daripada Nik Muhammad apabila pasukan kadet bomba SMK Saratok berjaya mendapat johan dalam Pertanding­an Kawad Kaki, sekali gus membolehka­nnya menerima gelaran Ketua Platun Terbaik.
ARNYRRA Dayak Dunstan menerima hadiah daripada Nik Muhammad apabila pasukan kadet bomba SMK Saratok berjaya mendapat johan dalam Pertanding­an Kawad Kaki, sekali gus membolehka­nnya menerima gelaran Ketua Platun Terbaik.
 ??  ?? ACARA ikatan dan simpulan tali.
ACARA ikatan dan simpulan tali.
 ??  ?? KADET Bomba SMK Saratok, johan kawad kaki.
KADET Bomba SMK Saratok, johan kawad kaki.
 ??  ?? ACARA Kawad Operasi Kering (Berhalanga­n).
ACARA Kawad Operasi Kering (Berhalanga­n).
 ??  ?? ACARA asas pertolonga­n cemas.
ACARA asas pertolonga­n cemas.
 ??  ?? KADET Bomba SMK Melugu.
KADET Bomba SMK Melugu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia