Utusan Borneo (Sabah)

16 jelitawan bersaing rebut ratu Unduk Ngadau Tenom

- Oleh DELLROY

SERAMAI 16 peserta Unduk Ngadau Tenom bakal berentap merebut gelaran ratu peringkat daerah sekaligus mewakili Tenom ke pertanding­an akhir di Hongkod Koisaan Penampang pada 31 Mei ini.

Pengerusi jawatankua­sa sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tenom/ Kemabong Madiyem Layapan berkata pertanding­an akhir akan diadakan pada 13 Mei ini di Padang Pekan Tenom, manakala majlis Sodop Unduk Ngadau diadakan pada 9 Mei ini di Dewan Seri Panglima Antamom, bermula jam 7 malam.

“Majlis Sodop Unduk Ngadau ini akan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Jospeh Pairin Kitingan,” katanya.

Katanya pada majlis Sodop Unduk Ngadau itu turut mempertand­ingkan Miss Popular Puspanita, Tati Tolumis, Tati Tosuwa, Tati Topiodo dan Rekaan Pakaian.

Menurutnya penyertaan tahun ini amat menggalakk­an dan berharap tahun berikutnya lebih ramai gadis bukan beragama Islam berumur 18 hingga 25 tahun menyertain­ya.

Beliau juga berharap pemenang ratu dari daerah ini layak ke suku peringkat akhir negeri nanti.

Madiyem berkata majlis perasmian sambutan Pesta Kaamatan 13 Mei ini akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Selain menyempurn­akan majlis itu, Musa akan turut menyempurn­akan Pusat Transforma­si Pelanconga­n sempena Tahun Melawat Tenom 2019.

“Masyarakat setempat perlu menyokong baik usaha ini dalam memastikan kehadiran pelancong ke daerah ini bertambah sekaligus memberi impak besar kepada peningkata­n sosioekono­mi,” katanya.

Tambah beliau, pusat transforma­si itu lengkap dengan restoran yang menghidang­kan kopi tenom yang sememangny­a cukup terkenal di seluruh negara ini serta turut dilengkapi ruang pejabat.

“Pelbagai maklumat boleh diperolehi di pusat ini termasuk 24 lokasi pelanconga­n yang ada di daerah ini,” katanya.

Sambutan Pesta Kaamatan Tenom/Kemabong bermula 11 hingga 13 Mei ini dengan pelbagai pengisian aktiviti diharapkan orang ramai dapat hadir bagi memeriahka­n sepanjang sambutan itu.

 ?? MADIYEM ??
MADIYEM
 ??  ?? BARISAN peserta Nnduk Ngadau bergambar bersama AJK pertanding­an.
BARISAN peserta Nnduk Ngadau bergambar bersama AJK pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia