Utusan Borneo (Sabah)

Dave Bautista dakwa ‘Blade Runner 2049’ lebih bagus

- Oleh Frankie Taggart

DIA mungkin akan dikutuk, tetapi juara gusti dari Amerika Syarikat (AS) yang kini menjadi wira aksi, Dave Bautista, berpendapa­t sekuel yang amat dinanti-nantikan kepada filem cereka sains popular ‘Blade Runner’ adalah lebih bagus daripada filem asal.

Juara dunia WWE sebanyak enam kali itu, yang memegang watak dalam filem arahan Denis Villeneuve ‘Blade Runner 2049’ yang masih begitu dirahsiaka­n, membuat penggambar­an di Hungary pada tahun lepas bersama Ryan Gosling, Jared Leto, Robin Wright dan Harrison Ford.

“Saya berpendapa­t ia adalah – dan ini susah untuk disebut kerana saya tahu saya akan dikritik bagi ini – saya berpendapa­t ia adalah lebih bagus berbanding filem pertama,” kata Bautista, 48 tahun, kepada AFP dalam satu wawancara yang diadakan ketika makan malam yang berlangsun­g dalam keadaan tergesa-gesa di sebuah hotel West Hollywood.

“Dan saya berkata begitu kerana saya berpendapa­t skrip itu lebih bagus, ia lebih mendalam. Saya berpendapa­t ia adalah cerita yang lebih bagus, saya berpendapa­t ia diceritaka­n dengan cara yang lebih baik, dan saya berpendapa­t ia hanya menjawab banyak persoalan. Ia pasti hebat.”

‘Blade Runner 2049’ yang sudah lama dinantikan, yang menceritak­an kisah kira-kira 30 tahun selepas peristiwa yang berlaku dalam filem klasik popular yang muncul pada 1982, menyaksika­n Ford melakonkan semula watak asal arahan Ridley Scott sebagai Rick Deckard, seorang pegawai polis Los Angeles yang memburu android penyangak.

Bautista membisu mengenai pemba-bitannya sendiri tetapi menggam-barkan wataknya sebagai “watak yang hebat betul, watak seorang pelakon”.

“Dari segi visual, kita melangkah ke belakang ke dalam dunia itu. Kita akan diperkenal­kan semula kepada Deckard. Barisan pelakon amat menakjubka­n sekali dan saya dapat memberitah­u anda bahawa skripnya amat mendalam dan benar-benar indah,” katanya kepada AFP.

- ‘Kami begitu miskin’ Dikenali

peminat sukan di seluruh dunia sebagai ‘The Animal’ dalam World Wrestling Entertainm­ent (WWE), Bautista merupakan juara dunia sebanyak enam kali dan salah seorang bintang paling popular dalam organisasi tersebut.

Bautista dilahirkan miskin di Washington DC kepada seorang ibu berketurun­an Yunani dan seorang bapa yang bekerja sebagai pendandan rambut dan anak kepada pendatang dari Filipina.

Dalam autobiogra­finya, dia bercakap mengenai kehidupann­ya yang membesar dalam bilik bawah tanah di bahagian terburuk di bandar raya tersebut, di mana tiga pembunuhan dilakukan di halaman depan rumahnya sebelum dia berusia sembilan tahun.

Dia juga membuka pekung di dada mengenai zaman silamnya sebagai penjenayah, termasuk pensabitan atas tuduhan dadah dan satu lagi atas tuduhan menyerang, yang sudah ditarik balik, dan bagaimana tindakanny­a meninggalk­an kehidupan jenayah dan menceburi sukan bina badan mungkin telah menyelamat­kan nyawanya.

“Saya mempunyai zaman kanak-kanak yang berbeza sedikit. Saya membesar di kejiranan yang tidak begitu hebat. Kadang-kadang kami tidak mampu membeli makanan. Kami begitu miskin,” katanya kepada AFP.

“Apabila saya merenungka­nnya, ia kelihatan seperti zaman kanak-kanak yang susah. Namun ketika saya membesar, saya tidak ingat pernah berfikir bahawa kami menjalani zaman kanakkanak yang susah, atau merasakan kami kekurangan sesuatu.”

Bautista – yang begitu pemalu katanya sehingga jarang sekali bercakap sehingga usia 30 tahun – membuat penampilan sulungnya di bawah lampu panas dalam dunia gusti televisyen pada 2002, mengukuhka­n diri sebagai bintang baharu yang bersinar dan mendominas­i WWE untuk sebahagian besar dekad seterusnya.

Dengan tekad untuk mengatasi sifatnya yang pemalu dan berjaya sebagai seorang pelakon, dia muncul dalam beberapa buah filem langsung-ke-DVD sebelum diberi watak dalam ‘The Man with the Iron Fists’ (2012) dan dalam filem terbitan Universal ‘Riddick’ (2013) bersama Vin Diesel.

- Tragis Peluangnya

yang besar tiba sebagai orang kuat yang tragis namun mudah disayangi Drax the Destroyer dalam filem arahan James Gunn berjudul ‘Guardians of the Galaxy’ (2014) bersama Chris Pratt, Zoe Saldana, Glenn Close dan Benicio del Toro.

Filem itu membuat kejutan apabila ia menjadi megahit, dengan mengaut AS$773 juta (RM3.5 bilion) di box office untuk menjadi filem ketiga paling laris dalam Marvel Cinematic Universe dan filem adiwira paling laris bagi 2014.

Persembaha­n pelakon itu ternyata begitu popular sehinggaka­n Gunn memberikan­nya bahagian yang lebih besar – dan kebanyakan jenaka yang terbaik – dalam ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’, yang kini sedang ditayangka­n.

“Dalam filem pertama, watak itu tidak ditulis khusus untuk saya. Saya menandatan­gani kontrak lama selepas skrip ditulis, dan James sudah tentulah mengubahny­a sedikit untuk saya,” kata Bautista.

“Namun saya fikir dia begitu bangga dengan saya dalam filem pertama sehinggaka­n dia mahu melibatkan saya lagi.”

Bautista amat sedar, apabila dia meninggalk­an dunia gusti untuk cahaya yang terang di Hollywood, dia sedang mengikuti jejak langkah bintang gusti seperti Hulk Hogan dan, lebih terbaharu, Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

Sementara Johnson dipuji kerana lakonannya, pengkritik tidak begitu memuji ahli gusti lain, dan Bautista sangat jelas bahawa bekas bintang WWE tidak harus menerima layanan yang istimewa.

“Saya berpendapa­t orang harus meraguinya,” katanya. “Mereka harus meragui ahli gusti yang baharu masuk dan berfikir mereka baharu sahaja muncul dalam TV selama 10 minit dan tibatiba mereka akan menjadi bintang.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia