Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLCI dijangka tinggi minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka tinggi minggu ini, mengikuti prestasi pendasar pasaran tunai yang diunjur kukuh.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata indeks utama dijangka bergerak tinggi ke paras 1,770 mata, disokong oleh perkembang­an positif ekonomi tempatan dan prestasi kukuh Wall Street.

“FBM KLCI kukuh dan mengekalka­n aliran menaik sebanyak 7.7 peratus setakat ini pada tahun ini, meskipun pasaran mengalami pembetulan,” katanya.

Nazri berkata perkembang­an positif ekonomi tempatan juga akan mengimbang­i kelemahan harga pasaran berikutan pengumuman pembatalan perjanjian penjualan saham sebanyak 60 peratus bagi Bandar Malaysia.

“Pasaran tempatan dijangka menerima baik kenyataan Pengerusi 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang mengesahka­n bahawa projek Bandar Malaysia akan dilaksanak­an selepas pembatalan perjanjian bernilai RM7.41 bilion itu,” katanya.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, Mei 2017 naik 4.5 mata kepada 1,763.5, Jun 2017 menambah 7.5 mata kepada 1,762, September 2017 menokok 10 mata kepada 1,761 manakala Disember 2017 kekal 1,760.5.

Jumlah dagangan bagi yang minggu singkat berikutan cuti umum, agak rendah pada 22,516 lot daripada 82,202 lot yang dicatatkan pada Jumaat lepas manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 39,275 kontrak daripada 49,079 kontrak sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia