Utusan Borneo (Sabah)

Sodop Huminodun Kaamatan Ranau

Ketengah kreativiti para pereka pakaian tradisi terkini

- Oleh JAINUDIN NASIR

SODOP Huminodun (Malam Lagenda) melibatkan 16 peserta Unduk Ngadau daerah Ranau tahun ini memberi ruang dan peluang kepada pereka fesyen mengetenga­hkan pakaian tradisi terkini ‘Garung Olumis’ (pakaian tercantik) etnik Kadazan, Dusun dan Murut yang diperagaka­n para peserta.

Program itu juga dilihat sebagai laluan menonjolka­n keanggunan para jelitawan yang berentap bagi merebut gelaran ratu Unduk Ngadau menerusi peragaan pakaian

tradisi untuk pemahkotaa­n gelaran ‘Miss Gala Night’ dan ‘Miss Tosuau’.

Sodop Huminodun peringkat daerah Ranau di Dewan Utama Kompleks Sukan Ranau yang dirasmikan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam menyaksika­n keunggulan peserta dari Kg Matan, Erlastini Ernie Bioric, 23, yang telah dinobatkan sebagai Miss Gala Night, manakala Tati Tosuau disandang oleh Elvyrona Patrick, 18, dari Kg Bundu Tuhan dan Miss Rose Empire pula diberikan kepada Olevia Jatri, 20, dari Kg Waang.

Sementara para penerima anugerah pereka Garung Olumis ialah Nurul Syahirah Abd Latif (Antoinette), Zico Leong (Tabot), Norlizaini Lausin (Dusun Tinagas & Lobu), Judith Lee (Garung Vinasi) dan Dinisiah Liasin (Linundus Tondu Tinagas).

Joachim yang juga Adun Kundasang dalam ucapannya memuji kejayaan jawatankua­sa penganjur mengendali­kan program itu yang disifatkan­nya sebagai wadah serta peluang bagi suku kaum atau etnik Dusun merealisas­ikan usaha meningkatk­an promosi pakaian tradisi agar kualiti dan mutu pakaian tradisi suku kaum di Sabah dapat dikekalkan untuk warisan generasi akan datang.

“Usaha seperti ini adalah wajar agar kualiti pakaian suku kaum kita akan dapat dikekalkan dan tidak hilang ditelan zaman,” katanya. Dalam ucapannya, Pengerusi Sodop Huminodun Florencia Padasian merakam penghargaa­n kepada para penderma menerusi jualan tiket meja makan sempena majlis itu. Beliau berkata ia merupakan antara aktiviti yang perlu dijalankan sebagai sumber mendapatka­n dana kewangan bagi membiayai beberapa aktiviti sebelum majlis sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau pada 13 Mei ini.

“Terima kasih kepada para penderma. Dengan adanya sokongan daripada anda semua, membolehka­n majlis ini dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

Florencia juga berterima di atas kehadiran Joachim, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George dan para dermawan.

“Usaha seperti ini adalah wajar agar kualiti pakaian suku kaum kita akan dapat dikekalkan dan tidak hilang ditelan zaman.

DATUK DR JOACHIM GUNSALAM

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? (gambar atas) PARA peserta Unduk Ngadau Ranau 2017.
(gambar atas) PARA peserta Unduk Ngadau Ranau 2017.
 ??  ?? (gambar kanan) PARA peserta memperagak­anGarungOl­umis pada majils itu.
(gambar kanan) PARA peserta memperagak­anGarungOl­umis pada majils itu.
 ??  ?? MANTANUndu­kNgadauRan­au2016Cevi­ley Rycia Harry, 20, dari Kg Kemburongo­h turut hadir menyerikan majlis Sodop Hominodun itu.
MANTANUndu­kNgadauRan­au2016Cevi­ley Rycia Harry, 20, dari Kg Kemburongo­h turut hadir menyerikan majlis Sodop Hominodun itu.
 ??  ?? SALAH seorang peserta memperagak­an Garung Olumis.
SALAH seorang peserta memperagak­an Garung Olumis.
 ??  ?? PARA pereka fesyen dan peserta acara Garung Olumis bersama Faimin, Joachim dan Florencia.
PARA pereka fesyen dan peserta acara Garung Olumis bersama Faimin, Joachim dan Florencia.
 ??  ?? FLORENCIA (dua kiri) bersama kenamaan yang hadir.
FLORENCIA (dua kiri) bersama kenamaan yang hadir.
 ??  ?? DARI KANAN: Erlastini, Olevia Jatri dan Elvyrona.
DARI KANAN: Erlastini, Olevia Jatri dan Elvyrona.
 ??  ?? ANTARA ribuan penderma yang hadir.
ANTARA ribuan penderma yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia