Utusan Borneo (Sabah)

Sofris Hijab sasar jualan RM2 juta pada 2017 menerusi empat koleksi iBawal

-

KUALA LUMPUR: Sofris Hijab Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar tudung jenama Scarfbucks dan iBawal, menyasarka­n nilai jualan sebanyak RM2 juta menerusi empat koleksi tudungnya yang dilancarka­n tahun ini.

Pengarah dan pengasasny­a Nur Azleen Soliha Abdul Waris berkata kesemua koleksi iBawal yang dijual adalah koleksi terhad menyebabka­nnya sentiasa mendapat permintaan.

“Produk kami berkualiti, berpatutan dan setiap koleksi ada dalam 15,000 hingga 20,000 helai menyebabka­n ia menjadi rebutan,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran koleksi iBawal6, Soraya 2017 Wangi Flora dan Fauna di sini, kelmarin.

Beliau berkata setiap koleksi mempunyai corak tersendiri sekali gus menjadikan ia ‘kegilaan’ kepada penggemar tudung bawal.

“Setiap koleksi ada identiti tersendiri. Budaya negara kita sangat kaya jadi lebih baik kita promosi negara kita sendiri. Sepatutnya kita bangga dengan budaya dan adat kita,” katanya.

Azleen berkata sehingga kini terdapat 300 stokis dan ejen berdaftar di bawah syarikatny­a di seluruh negara termasuk di Brunei, Singapura, San Francisco dan Riyadh.

“Dua puluh peratus daripada jualan kami datang dari stokis luar negara. Kami membantu mereka menjana pendapatan. Kita adakan kelas untuk bantu mereka menjual produk tudung,” katanya.

Mengenai koleksi tudung iBawal6, koleksi ketiga yang dikeluarka­n tahun ini, Azleen berkata selain diperkenal­kan sempena lebaran, koleksi ini juga menampilka­n kelainan apabila didatangka­n dengan aroma haruman kekal bunga mawar dan tropika yang diilhamkan oleh kecantikan seni alam tropika Malaysia.

“Koleksi ini adalah siri yang keenam. Kita sudah cuba uji dari Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dengan siri wangian sebelum ini untuk lihat keberkesan­an dan ketahanan wangian pada koleksi tudung bawal dan ia berkekalan sehingga sekarang. “Kita yang pertama keluarkan koleksi bawal dengan wangian seperti ini,” katanya.

Azleen berkata terdapat lima corak rekaan baharu pada koleksi ini iaitu ‘Bunga Raya’, ‘Merak’, ‘RamaRama’, ‘Orked’ dan ‘Batik Bloom’.

“Koleksi Soraya 2017 memperkena­lkan bunga tempatan dan tumbuhtumb­uhan yang unik dan tersendiri menjadikan­nya rekaan tudung yang indah.

“Semua yang berminat boleh mula dapatkan koleksi kami bermula 12 Mei ini di stokis dan ejen kami seluruh negara dengan harga RM55 bagi Semenanjun­g Malaysia dan RM57 bagi Sabah Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia