Utusan Borneo (Sabah)

Acara saringan dan akhir Perlumbaan Perahu Naga 2017 ditetapkan 13 dan 14 Mei

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Acara saringan dan peringkat akhir Perlumbaan Perahu Naga Antarabags­a Ke-4 FCAS Sabah 2017 akan diadakan pada 13 dan 14 Mei, di Tanjung Lipat di sini.

Persediaan untuk acara ini bejalan lancar dan orang ramai dialu-alukan datang untuk menyaksika­n sukan air antarabang­sa tahunan ini, kata Presiden FCAS Datuk Seri Panglima (Dr) TC Goh.

“Kerja untuk persediaan acara ini sudah selesai untuk acara saringan pada 13 Mei (Sabtu) dan peringkat akhir pada 14 Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-14 FCAS Sabah 2017 anjuran Gaungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Penganjur Datuk Susan Wong Siew Guen yang juga Naib Presiden 1 FCAS, Timbalan Presiden FCAS Datuk Yong Kyok Ming serta jawatankua­sa persatuan itu.

Ia adalah tahun keempat Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa FCAS Sabah dianjurkan dan berikut adalah retrospekt­if rekod perlumbaan bagi 3 kategori dari 2014-2016.

Pemenang bagi Piala FCAS (800m pasukan tempatan lelaki China) tahun 2014 ialah Persatuan Pemancing (Tongkang) Sandakan, tempat kedua juga Persatuan Pemancing (Tongkang) Sandakan manakala ketiga Pesatuan Hin Ann Kota Kinabalu.

Pada 2015, pasukan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKCCCI) menjuarai acara itu, diikuti Persatuan Pemancing (Tongkang) Sandakan di tempat kedua dan Gabungan Persatuan Cina Sarawak ketiga.

Pada 2016, acara itu dimenangi Perahu Naga Cina Lawas, diikuti KKCCCI di tempat kedua dan Lembaga Naga Kuching ketiga.

Piala FCAS 2014 (800m pasukan campuran Cina tempatan) dimenangi Persatuan Pemancing (Tongkang) Sandakan, diikuti Persatuan Peranakan Tiong Hua Ranau kedua dan Persatuan Bola Keranjang Ranau ketiga.

Pada 2015, piala itu dimenangi Persatuan Pemancing (Tongkang) Sandakan diikuti Pasukan Sze Yi Joy (kedua) dan Persatuan Peranakan Tiong Hua Ranau (ketiga).

Pada 2016, pemenang bagi kategori itu ialah Perahu Naga Kuching diikuti Persatuan Hakka penampang tempat kedua dan Persatuan Pemancing (Tongkang) Sandakan ketiga.

Pada 2014, Piala FCAS (800m pasukan campuran tempatan Persatuan Komuniti Cina KK FCAS dimenangi Persatuan Hin Ann diikuti Persatuan Szi Yi Pantai Barat (kedua) dan Persatuan Nam Ann (ketiga).

Pada 2015, pemenang bagi kategori itu ialah Eng Choon, San Chiang dan Lung Yen, diikuti Persatuan Hin Ann (kedua) dan Persatuan Hainan Kota Kinabalu (ketiga).

Pada 2016, pemenang bagi kategori itu Persatuan Hainan Kota Kinabalu diikuti Persatuan Szi Yi (kedua) dan Persatuan Hakka KK (BELIA) di tempat ketiga.

 ??  ??
 ??  ?? GOH, Susan, Yong dan jawatankua­sa penganjur menunjukka­n Piala FCAS 2017 bakal menjadi rebutan para peserta Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017.
GOH, Susan, Yong dan jawatankua­sa penganjur menunjukka­n Piala FCAS 2017 bakal menjadi rebutan para peserta Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia