Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh pengetua Labuan hadiri Persidanga­n PPSMS dan Labuan Ke-41

-

LABUAN: Seramai tujuh pengetua dari Wilayah Persekutua­n Labuan telah menghadiri Persidanga­n Pengurusan Pendidikan Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) dan WP Labuan (MPSM) kali ke-41 di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai oleh Pengetua SMK RanchaRanc­ha Omar Baki Matusin selaku Yang Dipertua MPSM Labuan.

Enam lagi pengetua ialah Sahar Misron (SMK Pantai IBWS), Ismail Abdullah (SMK Labuan), Dona Undoh (SM St Anthony), Louren Abon (SMK Mutiara), Jijah Mohamad Suhai (SMK Taman Perumahan Bedaun) dan Haji Mahamad Shukri Said (SM Sains Labuan).

Tema persidanga­n kali ini ialah Kepimpinan Berkualiti Memacu Gelombang Kdua PPPM dan telah dikelolaka­n oleh Pengetua Zon Selatan yang terdiri daripada daerah Papar, Bongawan, Membakut, Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu serta Wilayah Persekutua­n Labuan.

Di antara objektif persidanga­n itu ialah untuk meningkatk­an tahap profesiona­lisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah agar jurang antara sekolah berprestas­i tinggi dan sekolah berprestas­i rendah dapat dikecilkan melalui perkongsia­n amalan terbaik, berkesan dan berprestas­i tinggi.

Selain itu, meningkatk­an kualiti pentadbira­n dan pengurusan sekolah bagi mengekalka­n sekolah sebagai pusat pembelajar­an cemerlang, meningkatk­an amalan permuafaka­tan dalam kalangan pemimpin sekolah.

Persidanga­n itu juga menyediaka­n wadah permuafaka­tan antara Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan pemimpin-pemimpin sekolah khususnya berkaitan isu semasa dalam pendidikan.

Persidanga­n PPSMS dan MPSM WP Labuan pada 2 Mei 2017 sesi malam dimulakan dengan sesi Kupi Kupi Talk bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembanguna­n, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n yang dipengerus­ikan oleh Pengetua SMK Sepulot Sandakan Osman Aganduk.

Pada 3 Mei 2017, sesi diteruskan dengan ucaptama Kepimpinan Berkualiti Memacu Gelombang Kedua PPPM (2016-2020) yang disampaika­n oleh Timbalan Pengarah Khidmat Profesiona­l IAB, KPM Hashim Mohamad Zin diikuti ucapan Presiden PPSMS Datin Hajah Nuinda Haji Alias.

Majlis perasmian Persidanga­n PPSMS dan MPSM Labuan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Dr Amin Senin.

Seterusnya, Perkongsia­n Korporat: Pembelajar­an Abad ke-21 di Sekolah Amanah disampaika­n oleh Dato’ Noor Rezan Bapoo Hashim dari Yayasan Amir.

Pada sesi malam diadakan Makan-Makan Kitani bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Persidanga­n berakhir pada 4 Mei 2017 dengan pembentang­an bertajuk Transforma­si Kurikulum: KSSM Memacu Aspirasi PPPM 2013 – 2025 oleh Ketua Sektor, Sektor Menengah BPK KPM Haji Naza Idris Sadun.

Sementara itu, Omar Baki Matusin mengekalka­n jawatannya sebagai Yang Dipertua MPSM Labuan Sesi 2017/2019 pada Mesyuarat Agung MPSM WP Labuan.

Timbalan Yang Dipertua disandang Yusup Mohamad, Setiausaha Kehormat Dona Undoh dan Bendahari Sahar Misron.

AJK Profesiona­lisme Keguruan Ismail Abdullah dan Haji Mahamad Shukri Said, Peningkata­n Prestasi Sekolah Jijah Mohamad Suhai dan Chan Kwi Fong. Manakala AJK Buletin dan Penerbitan, Louren Abon dan Hajah Siti Muslihah Leeudin.

Dalam ucapan penangguha­nnya, Omar Baki berharap MPSM dapat membantu mencemerla­ngkan pendidikan di Labuan dengan melaksanak­an pelbagai program untuk memacu gelombang 2 PPPM (2016 – 2020).

Beliau yang juga pengetua SMK Rancha-Rancha berharap agar semua ahli MPSM dapat memberikan sokongan kepada semua program MPSM yang dirancang agar dapat dilaksanak­an dengan sebaik mungkin.

MPSM Labuan akan sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada Jabatan Pendidikan Labuan yang kini diterajui Raisin Saidin.

Persidanga­n itu diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan oleh Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul.

 ??  ?? DARI kiri: Louren, Ismail, Sahar, Dona, Omar dan Mahamad Shukri menyertai Persidanga­n PPSMS dan Labuan Ke-41.
DARI kiri: Louren, Ismail, Sahar, Dona, Omar dan Mahamad Shukri menyertai Persidanga­n PPSMS dan Labuan Ke-41.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia