Utusan Borneo (Sabah)

Jacinda Faye juara Sugandoi Kaamatan 2017

Tuaran rebut kembali gelaran Juara Sugandoi Kaamatan

-

T

UARAN merebut kembali gelaran Juara Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri pada pertanding­an akhir Jumaat lalu yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang.

Selepas menyanyika­n dua buah lagu iaitu Pitongkiza­dan dan Hangadku Tomoimo di pentas akhir, Jacinda Faye turut melakar sejarah kepada daerahnya Tuaran dengan merangkul gelaran juara pada pentas akhir Sugandoi Kamaatan selepas Apprilissa Sue Ann pada 2015 lalu.

Dengan saingan hebat yang diberikan oleh sembilan peserta akhir lain, Jacinda kini berada sebaris dengan juara Sugandoi Kaamatan tahun-tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau membawa pulang wang tunai RM6,000, sijil, piala, hamper dan telefon pintar.

Manakala, tempat kedua pula disandang oleh Afizal Fahmi Inggu yang mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dengan lagu Kakal Poinggirot dan Au Oku Nodi Mogkowili. Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta yang mewakili daerah Tenom iaitu Glady Ruth Jaimus dengan lagu Babang dan Au Kopikito. Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai sejumlah RM4,000 dan RM3,000 berserta sijil, piala, hamper dan juga telefon pintar.

Dalam pertanding­an akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2017 juga menyediaka­n tiga lagi anugerah yang dipertandi­ngkan iaitu Anugerah Finalis Paling Popular, Persembaha­n Terbaik dan Anugerah Khas Jawatankua­sa Pelaksana.

Bagi Anugerah Finalis Paling Popular telah dimenangi oleh Jacinda dan dua lagi anugerah dimiliki oleh peserta dari Kota Marudu iaitu Angie Minsu yang membawa lagu Hangadku Tomoimo serta Bontuga Tadau Kaamatan.

Sementara itu, bagi pertanding­an Sugandoi Songkotoun pula telah dimenangi oleh Johnny A. Kadau yang mewakili Keningau yang mana turut mendapat anugerah Penyanyi Paling Popular menerusi undian penonton.

Tempat kedua pula dimenangi oleh George Bohondo (Tuaran) dan Morris @ Jeffrey (Tambunan) di tempat ketiga.

Bagi Sugandoi Songkotoun itu, Oswald Supi (Penampang) menerima anugerah Persembaha­n Terbaik.

Kategori lain yang turut dipertandi­ngkan iaitu Sugandoi Dazanak pula dimenangi oleh Eiffel Paul Pailus (Penampang), Farhana Naslyn Suhaillin (Keningau) ditempat kedua dan ditempat ketiga oleh Cecelia Sius mewakili Tambunan.

Selain itu, Farhana turut merangkul dua anugerah lain iaitu Persembaha­n Terbaik dan Peserta Paling Popular.

 ??  ??
 ?? Oleh ALFRED PETRUS ?? ANTARA saingan sengit dengan persembaha­n yang memukau dari peserta akhir Sugandoi Kaamatan 2017. PENYANYI Paling Popular dan Persembaha­n terbaik daripada Farhana. PERSEMBAHA­N terbaik daripada Glady. JACINDA dengan persembaha­n yang mantap. DARI kiri:...
Oleh ALFRED PETRUS ANTARA saingan sengit dengan persembaha­n yang memukau dari peserta akhir Sugandoi Kaamatan 2017. PENYANYI Paling Popular dan Persembaha­n terbaik daripada Farhana. PERSEMBAHA­N terbaik daripada Glady. JACINDA dengan persembaha­n yang mantap. DARI kiri:...
 ??  ?? PERSEMBAHA­N si Juara Sugandoi Dazanak oleh Eiffel.
PERSEMBAHA­N si Juara Sugandoi Dazanak oleh Eiffel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia