Utusan Borneo (Sabah)

1,361 kes kemalangan tempat kerja dari Jan hingga April tahun ini

-

PAPAR: Sebanyak 1,361 kes kemalangan di tempat kerjadirek­odkansepan­jang tempoh dari Januari hingga April tahun ini melibatkan 70 kes maut.

Daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes melibatkan hilang upaya kekal manakala 1,227 kes tanpa hilang upaya kekal.

Statistik Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menunjukka­n sektor pembinaan mencatatka­n kes kemalangan maut kedua tertinggi sebanyak 15 kes.

Penolong Pengarah JKKP Sabah, Mohd Khairof Fais Abd Raop berkata, kes kemalangan di tempat kerja berpunca dari kecuaian mematuhi peraturan dan prosedur keselamata­n yang ditetapkan.

Katanya, JKKP di bawah Kementeria­n Sumber Manusia bertanggun­gjawab menguatkua­sakan akta dan undang-undang berkaitan keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja.

Ketika menyampaik­an taklimat dan dialog di sini, beliau berkata pihaknya boleh mengenakan kompaun sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tiga bulan kepada mana-mana pihak yang mengabaika­n aspek keselamata­n di tempat kerja.

Mohd Khairof berkata demikian semasa program Kempen Keselamata­n dan Kesihatan Di Tapak Binaan di pejabat tapak binaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di sini, barubaru ini.

Kira-kira 30 peserta terdiri dari kakitangan Borneo Highway PDP Sdn. Bhd (BHP), kontraktor Akif Jaya Sdn. Bhd. dan juruperund­ing menyertai sesi taklimat dan dialog dalam kempen berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Kejurutera­an BHP Halim Eksi berkata, syarikat Rakan Pelaksana Projek (PDP) lebuhraya itu komited melaksanak­an empat tonggak Program Transforma­si Industri Binaan (CITP).

Katanya, empat tonggak berkenaan ialah Kualiti, Keselamata­n dan Profesiona­lisme; Kelestaria­n Alam Sekitar; Produktivi­ti dan Pengantara­bangsaan.

Katanya lagi, BHP akan menjadi contoh dalam melaksanak­an amalan terbaik dalam industri binaan.

 ??  ?? PESERTA Kempen Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Binaan anjuran BHP merakam gambar kenangan.
PESERTA Kempen Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Binaan anjuran BHP merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia