Utusan Borneo (Sabah)

Hari Guru Pasti Sandakan disambut meriah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sambutan Hari Guru anjuran Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Sandakan yang diadakan di Hotel Borneo Cove di sini baru-baru ini berlangsun­g dengan meriah dan penuh warna-warni.

Majlis yang meraikan lebih 30 orang guru Pasti Sandakan itu telah dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjay­a 3 PAS Sabah Sahar Abdul Majid dan Ketua Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu serta beberapa AJK PAS Kawasan dari Libaran, Batu Sapi dan Sandakan.

Ketika menyampaik­an ucapan perasmian, Sahar menegaskan bahawa menjadi guru Pasti adalah satu cabaran yang besar bagi seseorang individu kerana perlu mengorbank­an kepentinga­n peribadi, kepentinga­n keluarga, harta, tenaga dan lain-lain.

Tambahnya, tanpa kesabaran dan keimanan yang tinggi di samping yakin dengan janji Allah mereka sudah pasti tidak sanggup menggabung­kan diri dalam dakwah pendidikan Pasti.

Katanya, Pasti Sandakan telah berkembang dengan baik apabila pada ketika ini memiliki 13 buah cawangan berbanding hanya sebuah cawangan pada 1989 yang bertempat di Batu 1 setengah.

Terdahulu, ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan, Ketua Majlis Guru Pasti Sandakan, Juriah Sala mu n melahirkan perasaan terharu atas sambutan yang diadakan kali ini.

Beliau juga memohon kepada para hadirin untuk mendoakan guru-guru agar istiqamah menjadi guru Pasti di samping dapat menabur bakti dengan penuh amanah dan dedikasi.

Katanya, penghargaa­n juga perlu diberikan kepada para pengurus dan ahli jawatankua­sa yang bertungkus lumus memajukan Pasti di samping guru-guru yang bersedia menjayakan agenda Pasti.

 ??  ?? PARA hadirin yang memeriahka­n Sambutan Hari Guru Pasti Kawasan Sandakan.
PARA hadirin yang memeriahka­n Sambutan Hari Guru Pasti Kawasan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia