Utusan Borneo (Sabah)

10 termasuk dua KPD dibebas dengan jaminan SPRM

-

PUTRAJAYA: Sepuluh individu termasuk tujuh anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anggota polis berkenaan termasuk dua ketua polis daerah yang bertugas di Melaka masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dalam prosiding reman di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Kelmarin, di mahkamah yang sama, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarka­n tiga suspek yang merupakan orang awam dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kesemua individu yang berumur antara 31 hingga 54 tahun disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sehingga kini, 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanap­un, tiga lagi suspek, iaitu dua pegawai polis berpangkat Deputi Superinten­den (DSP) dan Asisten Superinten­den (ASP) serta seorang pemandu van yang menjadi orang tengah mengutip wang perlindung­an masih ditahan reman.

Pegawai polis berpangkat DSP dari daerah Melaka Tengah direman tujuh hari sehingga 29 Mei ini, pemandu van sehingga 30 Mei manakala pegawai polis berpangkat ASP ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan. -Bernama

 ??  ?? PEGAWAI Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa seorang daripada sepuluh individu termasuk dua ketua polis daerah, yang dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kes mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka, dengan jaminan SPRM, kelmarin. GambarBern­ama
PEGAWAI Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa seorang daripada sepuluh individu termasuk dua ketua polis daerah, yang dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kes mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka, dengan jaminan SPRM, kelmarin. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia