Utusan Borneo (Sabah)

Program Perkhemaha­n Bersepadu Unit Beruniform

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU:Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Datu III telah mengadakan Program Perkhemaha­n Bersepadu Unit Beruniform yang disertai seramai 150 orang murid yang terpilih dan dikawal selia oleh seramai 80 orang guru dan AKP SK Lahad datu III.

Semua aktiviti dijalankan dalam kawasan sekolah dan setiap unit diwakili seramai 30 orang ahli.

Antara lima unit yang terlibat ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Bulan Sabit Malaysia (BSMM), Pandu Puteri Malaysia dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

Hadir merasmikan Majlis Penutupan Program berkenaan ialah bapa angkat sekolah iaitu Tuan Haji Sari Hj. Arshad yang merupakan Timbalan Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah Bahagian Tawau, merangkap Bendahari Kehormat Umno P188 Silam.

Sari dalam ucapannya, mengucapka­ntahniahke­pada semua peserta perkhemaha­n kerana berjaya terpilih untuk menyertai program berkenaan yang memberi banyak pengalaman kepada para peserta.

“Aktiviti ini mampu mendidik peserta dari segi disiplin, hidup berdikari, ketahanan fizikal dan mental, sifat kerjasama dan tolong menolong dalam apa jua keadaan.

“Difahamkan juga program yang berlansung selama tiga hari dua malam ini turut menyediaka­n beberapa aktiviti kepada peserta yang dibantu oleh ahli pengakap daerah Lahad Datu dan Anggota Pertahanan Awam Malaysia, antaranya laluan berhalanga­n, ikatan dan simpulan, latihan pertolonga­n cemas, pertanding­an kawad kaki, pertanding­an memasak dan sebagainya bagi memberikan pengalaman serta pendidikan kepada ahli-ahli persatuan,” katanya.

Beliau mengharapk­an program itu akan menjadi sebagai acara tahunan kerana banyak ilmu yang bermanfaat terdapat di dalamnya serta tidak akan diperolehi dalam mana-mana program melainkan dalam perkhemaha­n.

Sehubungan dengan itu, beliau memberi sokongan penuh kepada program berkenaan dan secara peribadi menyumbang­kan lima unit khemah sebagai kegunaan murid-murid pada perkhemaha­n akan datang.

Terdahulu, Guru Besar SK Lahad Datu lll Alimin Sarip melahirkan rasa syukur dan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama ibubapa murid, PIBG, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Persekutua­n Pengakap Daerah Lahad Datu dan khususnya kepada Hj Sari Hj Arsad kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada program berkenaan.

Semua peserta yang terlibat diberikan sijil penyertaan, manakala dua orang murid dipilih sebagai peserta perkhemaha­n terbaik iaitu Jumirul Amat dari TKRS bagi kategori lelaki manakala Sitti Nurmala Akbala dari PPIM mewakili peserta perempuan.

Kedua-dua mereka dipilih berdasarka­n penglibata­n yang aktif, disiplin yang tinggi dan memberikan kerjasama sepanjang program dijalankan.

Pihak pengelola berharap agar murid-murid yang terlibat mendapat pengalaman baru selain kekuatan fizikal dan mental bagi persediaan untuk memasuki sesi persekolah­an di sekolah menegah nanti.

Pendidikan awal ini merupakan salah satu perkara yang semestinya diperolehi oleh murid-murid sekolah rendah terutamany­a pendidikan luar bilik darjah yang memberikan banyak ilmu pengetahua­n, pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada proses pembelajar­an dalam bilik darjah.

 ??  ?? (Gambar kiri) ALIMIN (kiri) Sari (kanan) sempena majlis penutupan program.
(Gambar kiri) ALIMIN (kiri) Sari (kanan) sempena majlis penutupan program.
 ?? (Gambar atas) ?? berkenaan. ANTARA para peserta yang terpilih bagi menyertai program
(Gambar atas) berkenaan. ANTARA para peserta yang terpilih bagi menyertai program

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia