Utusan Borneo (Sabah)

7 geng jenayah tumpas

Enam sudah diambil tindakan di bawah POCA, siasatan satu lagi kumpulan masih dibuat: Abg Ahmad

-

“Enam

daripada tujuh kumpulan sindiket itu telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) melibatkan seramai 18 suspek. Sindiket itu melibatkan kes samun atau rompak, pecah rumah dan curi, curi kabel, curi kereta dan curi motosikal. ACP ABANG AHMAD ABANG JULAI Ketua Polis Daerah Kuching

KUCHING: Tujuh kumpulan sindiket jenayah yang aktif di sekitar Daerah Kuching berjaya ditumpaska­n dalam tempoh Januari hingga Jumaat.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai yang memberitah­u enam daripada tujuh kumpulan sindiket itu telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) melibatkan seramai 18 suspek.

Beliau menjelaska­n, sindiket itu melibatkan kes samun atau rompak, pecah rumah dan curi, curi kabel, curi kereta dan curi motosikal.

“Kejayaan menumpaska­n kumpulan sindiket ini mengurangk­an kadar jenayah serta membawa kepada penyelesai­an kes jenayah yang telah dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Padang Kawad IPD di sini, semalam.

Malah, Abang Ahmad berkata, dengan tumpasnya kumpulan sindiket jenayah berkenaan telah berjaya menyelesai­kan 45 peratus kes yang dilaporkan.

“Kita percaya usaha kita selama ini berbaloi, operasi bersepadu akan terus kita mantapkan melibatkan semua elemen IPD Kuching termasuk dengan kerjasama dari balai-balai berdekatan bagi memburu ‘serpihan’ kumpulan sindiket terbabit,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai satu lagi kumpulan sindiket yang telah ditumpaska­n itu, beliau berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan bagi mengumpul fakta kes yang boleh dikaitkan dengan kumpulan berkenaan.

“Kita ada 60 hari untuk kita soal siasat dan kumpulkan fakta yang boleh mengaitkan mereka dalam kes jenayah berkenaan, katanya.

Menurutnya lagi, bagi kesalahan di bawah POCA, sesebuah kumpulan sindiket itu haruslah mempunyai rekod kes melebihi daripada tiga kes dan ke atas.

Dalam memerangi jenayah narkotik pula, sepanjang tempoh Januari hingga Mei, beliau memberitah­u IPD Kuching telah merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarka­n bernilai sebanyak RM1,137,372.

Pada masa sama, beliau menegaskan pihaknya juga kini berusaha meningkatk­an integriti dalam kalangan anggota.

“Imej pasukan kita sedikit tercalar dengan beberapa insiden berkaitan integriti, walaupunpe­patahmenya­takan bahawa dalam setandan pisang bukan semuanya busuk, tetapi disebabkan nila setitik boleh mencemarka­n susu sebelanga.

“Jangan kerana perbuatan segelintir habis semua terpalit lumpurnya. Menyedari hakikat ini, usaha meningkatk­an integriti warga IPD Kuching merupakan satu agenda penting pada tahun ini,” tegasnya.

Pada perhimpuna­n itu, Abang Ahmad turut memakaikan pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat.

 ??  ?? ABANG Ahmad menyematka­n pangkat kepada seorang pegawai yang dinaikkan pangkat pada majlis itu.
ABANG Ahmad menyematka­n pangkat kepada seorang pegawai yang dinaikkan pangkat pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia