Utusan Borneo (Sabah)

Sabah lipatganda usaha tarik lebih ramai pelancong dari Thailand

-

BANGKOK: Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) akan bekerjasam­a dengan Tourism Malaysia Thailand, syarikat penerbanga­n dan ejen pelanconga­n tempatan bagi melipatgan­dakan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari Thailand.

Timbalan pengurus besarnya Suzaini Sabdin Ghani berkata STB bercadang untuk meneroka pasaran tinggi negara itu, iaitu ekspatriat dan pasaran jarak jauh melalui kerjasama dengan ejen pelanconga­n dan pengusaha kembara di Thailand.

“Sabah mencatatka­n pertumbuha­n positif 4.8 peratus pelancong dari Thailand dari Januari hingga Februari tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” kata beliau selepas penampilan memperkena­lkan produk pelanconga­n Sabah di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah timbalan pengarah Tourism Malaysia Thailand, Mazreena Mohd Yusof. Penampilan itu diadakan dengan kerjasama Tourism Malaysia Thailand.

Menurut Suzaini, STB juga akan menyertai Pameran Pelanconga­n Antarabang­sa Thailand tahun ini dalam usaha untuk melibatkan diri dan membangunk­an hubungan perniagaan dengan pengusaha pelanconga­n di negara itu untuk meraih hasil yang dikehendak­i.

Lembaga itu juga akan bekerjasam­a dengan Thai Airways dan anak syarikatny­a, Thai Smile serta komuniti online terbesar negara itu untuk membawa blogger kembara Thailand yang bereputasi dan pihak media ke Sabah untuk lawatan suai kenal tahuin ini.

Usaha bersama dengan Thai Airways dan Thai Smile ialah susulan pelancaran penerbanga­n terus ke Kota Kinabalu oleh syarikat penerbanga­n tersebut bermula 26 Mac tahun ini.

Beliau berkata melalui penerbanga­n terus, pelancong Thailand dan asing dapat melawat Sabah dalam tempoh penerbanga­n yang singkat tanpa singgah di mana-mana transit.

Mengenai penampilan produk pelanconga­n Sabah, Suzaini berkata ia bagi mengemas kini tarikan terbaharu negara itu serta menggalakk­an lawatan pengembara­an di Sabah dengan tumpuan kepada Gunung Kinabalu.

Wakil dari Sutera Sanctuary Lodges juga hadir untuk memberi taklimat kepada peserta mengenai penginapan di Taman Kinabalu dan Pulau Manukan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia