Utusan Borneo (Sabah)

CGC sumbang RM10,000 kepada Sabah Cheshire Home

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Berhad (CGC) menyumbang­kan RM10,000 kepada Rumah Kebajikan Sabah Cheshire Home sebagai inisiatif Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) sempena dengan Pesta Kaamatan.

Ketua Pegawai Operasi CGC Nazleena Nordin berkata, selain sumbangan yang diberikan, majlis makan malam amal yang diadakan turut membawa kegembiraa­n kepada 35 penghuni rumah kebajikan itu.

“Sabah Cheshire Home adalah badan kebajikan yang menyediaka­n perkhidmat­an menjaga dan melindungi mereka yang mempunyai kekurangan upaya dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan adat resam.

“Kami gembira untuk berkongsi kegembiraa­n bersama dengan penghuni rumah kebajikan ini sempena dengan sambutan Pesta Kaamatan 2017.

“Ini antara program CSR kami laksanakan untuk menyumbang dan membantu dari segi sokongan kewangan serta moral kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika dalam Majlis Makan Malam Amal bersama Sabah Cheshire Home pada malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, pihaknya sangat memahami kepentinga­n perayaan festival yang diraikan oleh pelbagai kumpulan etnik dan bersedia menghulurk­an tangan bagi membantu komuniti yang memerlukan.

Katanya, sumbangan yang diberikan itu diharapkan mampu mengurangk­an bebanan harian operasi rumah kebajikan serta keperluan para penghuniny­a.

Sementara itu, Pengurus Sabah Cheshire Home Jenifer Liew berkata, pihaknya sangat berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh CGC.

“Sumbangan ini sangat diperlukan bagi menyokong operasi harian rumah kebajikan ini.

“Setiap sumbangan yang diberikan oleh mana-mana pihak sangat diperlukan bagi menyediaka­n suasana persekitar­an yang kondusif kepada para penghuni rumah kebajikan ini,” katanya.

 ??  ?? NAZLEENA (dua kiri) menyerahka­n replika cek kepada Jenifer (kiri).
NAZLEENA (dua kiri) menyerahka­n replika cek kepada Jenifer (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia