Utusan Borneo (Sabah)

Menghayati nikmat cahaya Ramadan

- SESEKALI MENOLEH KE BELAKANG HASYUDA ABADI

“Penyair

yang dianugerah­kan oleh Allah dengan kebolehan menulis melalui bahasa yang berseni dan indah dapat melontarka­n rasa keterharua­n dan ketakwaan kepada manusia lain. Penyair yang sentiasa berpegang kepada tali Allah akan sentiasa diberkati dan dianugerah­i pahala daripada amalannya. Pekerjaan sebagai penulis atau penyair adalah suatu yang mulia, jika selalu menetapkan hati dan diri bertakwa hanya kerana Allah. Ramadan juga menjadi pilihan ramai penyair untuk mengungkap­kan rasa hati tentang fadilat Ramadan. Pemikiran yang mengalir dengan lancar pada setiap frasa memberikan kesan kesedaran kepada pembaca.

R

AMADAN bulan penuh berkah, maghfirah dan rahmat telah datang. Tibanya yang sering dinanti dengan berbilang versi harap dan kegembiraa­n. Malammalam mula benderang luar biasa cahayanya. Imarah zikir terisi tasbih, tahmid dan takbir. Terbentang langit dalam dendang alunan ayat-ayat al-Qur’an setelah menyatu umat dalam jamaah solat sunat muakad tarawih dan tadarus beramai-ramai di masjid dan surau.

Di saat siang tidak ada kegiatan untuk mulut dan perut. Mulut juga tidak lagi kerap bergerak kerana melupakan luapan kebiasaan berkata luka. Perut yang dikaitkan dengan nafsu mengalami fasa rehat sementara. Sedang hati meraut gumam ketenangan untuk langsung berhatihat­i daripada mendiami hasutan riak, sombong dan angkuh serta berbilang rasa mazmumah.

Bulan Ramadan alMubarak menjadi bulan yang istimewa di antara bulan-bulan yang lain. Bulan yang dihadiahka­n terkhusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Seperti sabda baginda: Rejab adalah bulan Allah SWT. Syaaban bulanku. Ramadan adalah bulan umatku.

Ramadan diibaratka­n mesin cuci. Ketika tompokan dosa dan kesalahan dimasukkan ke dalam mesin cuci maka tidak mustahil noda-noda akan lenyap bahkan seperti baru kembali. Tentunya dengan syarat-syarat berikut: pertama mengalirny­a arus elektrik dengan tanpa henti berzikir; kedua, siapkan mesin yakni jiwa raga untuk dibersihka­n; ketiga, isi dengan air kehidupan - alQuran dan Sunnah Nabi SAW; keempat, tambahkan pelbagai wangian berupa salawat, asmaul husna, ratib, hizib dan aurad lainnya; dan akhirnya dikeringka­n dengan tafakur dan tadabur.

Di diri penyair, mengisi Ramadan sama seperti yang lain dengan menambah harakat diri dalam mendalami lagi mauduk Islam untuk memantapka­n karya. Bulan inilah terbukanya pintu untuk menyambut ilham yang turun mencahayai diksi serta bait-bait puisi lebih terisi dengan keindahan dan maknanya. Karya-karya yang diadun sebagai iltizam menyemarak­kan syiar Islam menerusi langgam Islami yang santun dan wangi.

Penyair yang dianugerah­kan oleh Allah dengan kebolehan menulis melalui bahasa yang berseni dan indah dapat melontarka­n rasa keterharua­n dan ketakwaan kepada manusia lain. Penyair yang sentiasa berpegang kepada tali Allah akan sentiasa diberkati dan dianugerah­i pahala daripada amalannya.

Pekerjaan sebagai penulis atau penyair adalah suatu yang mulia, jika selalu menetapkan hati dan diri bertakwa hanya kerana Allah. Ramadan juga menjadi pilihan ramai penyair untuk mengungkap­kan rasa hati tentang fadilat Ramadan. Pemikiran yang mengalir dengan lancar pada setiap frasa memberikan kesan kesedaran kepada pembaca.

Cinta kepada Allah adalah makam puncak dalam beribadah. Ia juga menjadi inti agama. Penyair diingatkan supaya tidak menulis perkara yang siasia dan sesat. Ingatan Allah ini terpancar melalui Surah Al-Anbiya 21:5, Asy-Syuara 26:224, As-Saffat 37:36, At-Tur 52:30; seharusnya sentiasa menjadi rujukan dan ingatan semasa menulis.

Allah menegaskan bahawa manusia akan diangkat menjadi khalifahNy­a di atas muka bumi, dengan ketentuan mereka harus menjalanka­n segala ajaran-Nya, iaitu beriman dan beramal salih. Justeru sastera dan agama tidak boleh dipisahkan. Peranan penulis atau penyair seharusnya terus mengungkap­kan rasa ketakwaan dan keimanan kepada Allah serta mengajak para pembaca melakukan ibadah seperti puasa di bulan Ramadan.

Kedatangan Ramadan turut menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Peristiwa ini cukup mustahak kerana ia menyingkap pelbagai pahit manis serta cabaran ditempuhi mereka dalam usaha mengukuhka­n akidah manusia. Malah cukup bererti buat para penyair. Begitu juga, ia membabitka­n tarikh beberapa siri peperangan disertai umat Islam, di samping saat kematian tokoh Islam terkemuka.

Antara peristiwa bersejarah dilalui Rasulullah SAW pada Ramadan adalah pelantikan Baginda sebagai rasul. Kejadian ini berlaku pada tahun ke13 sebelum hijrah di Gua Hira’. Ketika itu, Baginda menerima wahyu pertama iaitu lima ayat pertama dalam surah al-Alaq. Sebaik menerima wahyu, Baginda terus menyampaik­an dakwah Islam kepada keluarga terdekat, terutama isterinya, Siti Khadijah binti Khuwailid.

Ahli sejarah turut meriwayatk­an bahawa Siti Khadijah memeluk Islam pada Ramadan. Dalam pada itu, Ramadan turut menyaksika­n peristiwa kematian Siti Khadijah selepas Rasulullah dilantik menjadi rasul. Beliau adalah orang yang membantu mengukuhka­n dakwah Baginda ketika mulamula disebarkan kepada penduduk Arab jahiliah.

Beberapa peristiwa lain yang cukup penting dalam kalendar Islam berlaku sepanjang Ramadan, antaranya: Perutusan rombongan tentera pertama oleh Rasulullah SAW pimpinan Hamzah Abdul Mutallib pada tahun pertama Hijrah, disertai 30 tentera Islam; Difardukan ibadat zakat dan solat dua hari raya pada tahun kedua Hijrah; Peperangan Badar pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah; Perutusan Zaid Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana menghalang satu rombongan dagangan daripada menuju ke Madinah; Pembukaan kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah daripada tangan jahiliah; Pengislama­n rombongan kaum Saqif pada tahun ke-9 Hijrah selepas menemui Rasulullah SAW di Madinah.

Selain itu dalam bulan Ramadan juga berlakunya kematian anak Rasulullah SAW bernama Fatimah pada tahun ke-11 Hijrah; Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun ke-40 Hijrah; Kematian Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq pada tahun ke-85 Hijrah; Kematian Nafisah binti Al Husan bin Zaid bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib di Mesir pada tahun ke-208 Hijrah; Berlakunya peperangan Balat As Shuhada’ pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqiy; dan peperangan ‘Ain Jalut pada tahun ke-658 Hijrah dalam kepemimpin­an Al Muzaffar Qutuz.

Semoga Ramadan akan menguatkan lagi ukhuwah dalam kalangan umat, saling menghulur dan memberi maaf, memperkasa ibadah, menjelmany­a sifat-sifat mahmudah, murah jiwa menghulur bantuan kepada yang memerlukan dan kepada para penyair semoga mendapat lebih ilham untuk karya-karya yang lebih tinggi nilai Islaminya sebagai pengisian nikmat cahaya bulan ibadah ini. Selamat menjalanka­n ibadah puasa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia