Utusan Borneo (Sabah)

Argentina harap sentuhan ajaib Sampaoli

Untuk bawa kejayaan dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia 2018

-

BUENOS AIRES: Argentina berharap sentuhan ajaib jurulatih baharu mereka, Jorge Sampaoli, dan kemahiran ajaib penyerang yang kembali semula ke dalam pasukan kebangsaan, Lionel Messi, dapat membawa kejayaan kepada mereka dalam kempen kelayakan yang goyah ke Piala Dunia 2018.

Sampaoli dijangka akan mengisi jawatan kosong sebagai jurulatih Argentina kelmarin selepas kelabnya sekarang Sevilla menyatakan ia sudah mencapai persetujua­n dengan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).

Dalam masa setahun di Sevilla dia membimbing mereka untuk menamatkan musim di tempat keempat di liga Sepanyol, di belakang Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid.

Sekarang dia meninggalk­an pengurusan dan penyokong Sevilla yang bersungut, dan kembali ke negara asalnya pada waktu ia memerlukan­nya.

“Saya selama ini menaruh impian untuk membimbing pasukan kebangsaan,” kata Sampaoli, 57, baru-baru ini.

“Saya mahu kembali kepada bakat dan seni mengelecek, untuk maju ke hadapan.”

Argentina pasti bersyukur jika dia dapat meletakkan mereka ke dalam pesawat ke Rusia 2018.

Pada Mac lalu, mereka kelihatan berisiko gagal untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1970.

Itu adalah selepas kekalahan yang memalukan kepada Bolivia dan penggantun­gan empat perlawanan bagi Messi kerana menyumpah seorang pengadil.

Sejak itu penggantun­gan itu sudah ditarik balik dan juara dunia sebanyak dua kali itu – yang diletakkan pada ranking nombor dua di dunia oleh FIFA – berdepan dengan cabaran yang getir, di tempat kelima dalam kumpulan kelayakan mereka.

Argentina berdepan dengan empat perlawanan kelayakan lagi pada Piala Dunia, bermula dengan satu ujian yang getir di tempat lawan menentang Uruguay pada Ogos.

Hanya empat pasukan teratas layak secara automatik bagi kejohanan di Rusia pada tahun depan dengan tempat kelima bermain dalam perlawanan play-off menentang pemenang di rantau Oceania.

Messi merupakan salah seorang bintang bola sepak terbesar di dunia, tetapi zaman kegemilang­annya bersama Barcelona dinikmati ketika pasukan kebangsaan­nya mengalami waktu yang suram.

Argentina memenangi hanya satu sahaja daripada lapan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 yang berlangsun­g tanpanya, berbanding lima daripada enam yang dimenangi bersamanya di dalam padang.

Kesusahan yang dialami pasukan kebangsaan adalah satu misteri jika dilihat sekali imbas, kerana mereka memiliki kualiti bintang dengan beberapa pemain dalam kelab terkemuka di Eropah.

Namun pasukan itu telah dilemahkan oleh krisis lebih umum yang dialami sukan bola sepak di Argentina, dikusutkan oleh politik dan perebutan kuasa dalam pengurusan AFA yang meletus pada 2014.

Wira Piala Dunia Argentina Diego Maradona pada tahun lepas melabel pengurusan AFA sebagai “mafia”. Persekutua­n itu pada Mac lalu melantik eksekutif baharu yang ditugaskan untuk menamatkan kemelut.

Sampaoli berdepan dengan cabaran yang besar sebagai peneraju pasukan Argentina yang dianggap ramai, walaupun menduduki tempat kedua dalam ranking dunia, mempamerka­n permainan yang hodoh dan bergantung kepada bakat besar Messi untuk menang.

Pasukan itu memerlukan pembangkit semangat selepas 2016 yang sukar, apabila Messi mengugut untuk meninggal skuad selepas mereka tewas menerusi penentuan tendangan penalti kepada Chile dalam perlawanan akhir Copa America Centenario.

Krisis itu memaksa jurulatih ketika itu Gerardo Martino untuk meletak jawatan dan digantikan oleh Edgardo Bauza, yang dipecat pada bulan lepas.

“Kita perlu cuba memenuhi pemain dengan kasih terhadap jersi,” kata Sampaoli.

“Dengan menikmati permainan – bukan dengan rasa dipaksa.”

Sampaoli akan memulakan tugas dengan perlawanan persahabat­an menentang Brazil pada 9 Jun di Australia dan menentang Singapura pada 13 Jun.

Baris anter baharu Ar g e n tin a yang diumumkan oleh AFA tidak mengandung­i bintang Manchester City, Sergio Aguero, tetapi memasukkan seorang pemain yang berpotensi menjadi bintang, penyerang Inter Milan, Mauro Icardi.

Sampaoli memiliki tauliah yang tinggi, selepas membimbing Chile untuk memenangi kejuaraan Copa America pada 2015 – dengan menewaskan Argentina dan Messi dalam perlawanan akhir.

Pengurus itu sudah membimbing beberapa pasukan di Ecuador, Peru dan Chile, tetapi tidak pernah mengurus pasukan dalam liga utama Argentina.

Dia menggambar­kan diri sebagai seorang murid seorang lagi jurulatih dari Argentina yang telah meninggalk­an kesan dengan Chile dan di Eropah: jurulatih Lille, Marcelo Bielsa. Bielsa menepis pujian itu. “Dia adalah lebih bagus daripada saya,” kata Bielsa. – AFP

Saya selama ini menaruh impian untuk membimbing pasukan kebangsaan. Saya mahu kembali kepada bakat dan seni mengelecek, untuk maju ke hadapan. JORGE SAMPAOLI Pengurus baharu Argentina

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia