Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut dalam kemalangan jalan raya

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Seorang lelaki tempatan maut dan dua yang lain cedera parah dalam kemalangan pada jam 8.36 malam di Kilometer 7 Jalan Kudat-Kota Kinabalu, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata mangsa yang maut dikenali Silval Gunting, 66, pemandu kenderaan Mitsubishi Triton berasal dari Kampung Kandawayon, di sini.

Katanya mangsa mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri serta tulang paha kanan dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Kudat.

Sementara itu, dua yang cedera ialah pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dari Kampung Sikuati yang mengalami pendarahan dalaman dan seorang lelaki berusia 53 tahun, penumpang Mitsubishi Triton dari Kampung Masangkon yang mengalami patah tulang tangan kanan.

“Kedua-dua mangsa masing-masing dirawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Hospital Kudat, dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Douglas memberitah­u kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu memandu dengan cuai sehingga menyebabka­n kemalangan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksika­n kejadian itu agar tampil bagi membantu siasatan.

Beliau juga menasihat orang ramai terutama sekali pengguna jalan agar sentiasa memandu dengan berhemah serta mengutamak­an keselamata­n diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

 ??  ?? KEADAAN kedua-dua kenderaan selepas kejadian itu.
KEADAAN kedua-dua kenderaan selepas kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia