Utusan Borneo (Sabah)

Wanita warga emas maut gantung diri

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di rumahnya di Taman Tai Fai Yuen Batu 8, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata mangsa dikenali sebagai Fung Soon Leng, 82, ditemui mati tergantung oleh anak lelakinya kira-kira jam 4.25 petang.

“Pihak polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian setelah dimaklumka­n oleh anak mangsa,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal di lokasi kejadian mendapati seorang warga emas (mangsa) telah menggantun­g diri di dalam bilik tidur dengan menggunaka­n tali.

“Menurut anak mangsa, tali yang digunakan adalah tali tempat mangsa selalu bersenam kerana mangsa menghidap sakit tulang sendi dan mempunyai rekod perubatan sejak 27 Mei 2013,” katanya.

Azhar berkata kali terakhir mangsa mendapat rawatan susulan ialah pada 6 Jun 2017 di Klinik Pakar Hospital Duchess of Kent Sandakan.

“Menurut anak mangsa, dalam beberapa hari ini mangsa sering mengadu tidak tahan dengan penyakit yang dihadapiny­a dan setiap hari mangsa dalam keadaan kemurungan,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut polis memdapati tiada sebarang unsur khianat atau perbuatan jenayah berlaku.

“Mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Kamar Mayat Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia