Utusan Borneo (Sabah)

Priyanka Chopra akui stereotaip masih wujud di dunia barat

-

A

KTRES India Priyanka Chopra berkata “stereotaip yang amat besar” masih wujud di dunia barat mengenai industri filem India dan ia memerlukan lebih ramai pelakon dari India dalam peranan aliran utama untuk perlahan-lahan menamatkan pendapat sedemikian yang sudah lama dipegang, Press Trust of India (PTI) melaporkan.

“Terdapat stereotaip yang amat besar mengenai India, mengenai filem Hindi. Terdapat lebih banyak kesedaran sekarang bahawa filem Hindi adalah industri yang begitu besar tetapi stereotaip masih wujud,” kata Priyanka kepada PTI dalam satu temu ramah.

Bintang ‘Quantico’ itu berkata orang sangka pelakon India tidak tahu bahasa Inggeris, malah tidak pandai berlakon dan hanya menunggu mereka untuk bangun dan menari sahaja.

“Itu adalah stereotaip yang kita perlu lawan sepanjang masa dan saya agak ia hanya akan berlaku dengan mendidik orang dan orang melihat pelakon India dalam peranan aliran utama (untuk menyedarka­n mereka) baharulah kita dapat melakukan ini. Kita tidak boleh diletakkan dalam kotak. Tetapi ia pasti sesuatu yang sukar. Kita begitu sedikit sekali.”

Priyanka berkata melihatnya dalam siri TV ‘Quantico’ mendorong orang untuk seterusnya menontonny­a dalam filem Hindi.

“Saya fikir mereka faham bahawa filem Hindi bukan sekadar mengenai orang yang tiba-tiba menyanyi dan menari secara rambang,” katanya.

Priyanka, yang berlakon sebagai orang jahat Victoria Leeds dalam ‘Baywatch’, berkata kepelbagai­an dalam hiburan global adalah keperluan masa kini, bukan hanya dalam watak tetapi juga pelakon.

“Saya percaya dalam perniagaan di mana ada permintaan, pasti akan sentiasa ada bekalan. Malah audiens dan orang yang menonton dan menggunaka­n hiburan perlu terbuka untuk melihat semua jenis manusia dalam watak ikonik dan bukan hanya jenis pelakon atau orang tertentu sahaja yang kelihatan tertentu sahaja,” katanya.

Priyanka berkata dia ingin sekali melihat seorang wanita membawa watak James Bond atau melihat pelakon India dalam filem adiwira “tanpa teg sebagai warga India dan hanya sebagai pelakon sahaja.

“Ketika itulah ia akan menjadi aliran utama. Dan bukan hanya dari India tetapi pelakon India dari seluruh dunia harus menjadi sebahagian daripada hiburan global kerana dunia kelihatan seperti itu. Kita adalah satu perlima daripada populasi dunia, perwakilan harus lebih banyak.”

Mengenai sama ada dia akan menempa filem Bond selepas ini atau tidak, dia berkata, “Kita tidak tahu. Saya dalam perbincang­an bagi beberapa buah filem di sini dan beberapa buah filem di India. Saya tidak tahu sama ada ia adalah orang jahat atau bukan tetapi saya sentiasa mencari kepelbagai­an dalam watakwatak yang saya pilih dan saya harap itulah apa yang saya dapat buat.”

Priyanka, yang mempunyai jadual yang padat dengan promosi ‘Baywatch’, akan pergi ke Berlin dan London untuk tayangan perdana filem tersebut. Dia berkata dia “teruja” mengenai pengeluara­n ‘Baywatch’ di India dan bahasa Hindi dan bahasa Inggeris.

“Saya sangat teruja mengenainy­a, orang meminati program TV itu. Saya sangat teruja kerana filem itu sangat sedikit dipotong, orang berpeluang untuk menikmati filem itu,” katanya.

Mengenai pengalaman­nya dari penampilan sulungnya di Hollywood, Priyanka berkata sementara ‘Baywatch’ adalah filem Amerika pertamanya, ia juga adalah filemnya yang ke-51.

“Bagi saya, ia adalah filem saya seterusnya. Itulah cara saya melihatnya. Saya seorang artis dan saya akan pergi ke mana sahaja kerja saya membawa saya. Ke mana sahaja kita pergi di dunia, kita hanya perlu tahu tugas kita dan melaksanak­annya. Selagi kita dapat melakukann­ya, itu adalah perkara yang hebat.”

Daripada pelakon yang menjelajah dunia kepada Duta Muhibah UNICEF, Priyanka menimbang beberapa peranan dalam kehidupan sebenar dan dia berkata dia bersyukur di atas peluang-peluang tersebut.

“Ia memerlukan jenis disiplin yang berlainan. Saya mengendali­kan dua karier di dua buah benua, kita perlu banyak berkorban, mengorbank­an tidur kita, mengorbank­an rutin atau kehidupan normal. Ia adalah pilihan yang kita buat, di dunia ini tidak ada yang percuma.

“Saya mahu mencapai perkara yang saya sudah tetapkan bagi diri sendiri dan kita perlu berkorban di sepanjang jalan. Saya selalu letih dan mengalami ‘jet-lag’ tetapi saya amat menyukai kerja saya dan saya bersyukur dengannya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia