Utusan Borneo (Sabah)

Jonathan belayar dengan kapal kecil buatan sendiri

Jonathan timba pelbagai pengalaman sepanjang berlayar

-

M

UNGKIN ramai yang sudah mengenali dan mengetahui tentang pelayaran solo beliau yang hanya menggunaka­n sebuah kapal kecil buatan sendiri.

Kisah dan pengalaman perjalanan­nya yang penuh cabaran dan dugaan banyak dikongsika­n di media sosial melalui Facebook dan Youtube.

Beliau sendiri suka berkongsi dan memuat naik gambar serta video di akaun Facebook miliknya Jonathans Journey sepanjang pelayarann­ya merentasi beberapa benua di seluruh dunia.

Namun, ketibaan Jonathan Selby, 70, ke negara ini membawa sedikit kelainan berbanding kisah persinggah­annya di negara lain.

Selepas tragedi kapalnya musnah akibat dipukul ombak di kawasan perairan berhampira­n Pulau Manamoc Filipina, beliau mengambil masa hampir enam bulan untuk membina semula kapal baharu dari serpihan kapal lamanya yang rosak.

Bermula dari awal Mei lepas, Jonathan memulakan pelayarann­ya ke Sabah dan Pulau Banggi Kudat menjadi destinasi pertama persinggah­annya.

Disebabkan kebanyakan masanya dihabiskan di lautan, beliau tidak mengetahui mengenai peraturan Perintah Berkurung yang dilaksanak­an di negeri ini.

Walaupun terkejut dan risau semasa kapalnya ditahan pasukan keselamata­n untuk pemeriksaa­n, ia tidak sedikitpun mengubah keinginann­ya untuk terus berlayar di perairan Sabah.

“Saya agak terkejut dengan keramahan dan kemesraan penduduk di Sabah sebaik tiba di sini.

“Sambutan mesra seperti itu sangat jauh berbeza dengan apa yang pernah saya dengar sebelum ini mengenai Sabah.

“Justeru, saya lebih yakin dan senang hati untuk singgah dan tinggal sementara di beberapa kawasan di sini,” katanya ketika ditemui Utusan

Borneo kelmarin. Jonathan berkata, enjin kapalnya mengalami sedikit kerosakan dan perlu dibaiki untuk beliau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Ini menyebabka­n beliau terpaksa tinggal sementara di Kampung Rampayan Kota Belud sekitar seminggu lamanya.

“Di sini saya mengenali beberapa keluarga Muslim yang sangat baik hati dan sudi untuk berkongsi makanan dengan saya.

“Saya diajak untuk makan bersama-sama dan berkenalan dengan beberapa penduduk yang saya anggap sangat mesra dan baik hati.

“Ini menambahka­n lagi keyakinan saya terutama kerisauan tentang aspek keselamata­n bila berada di sini,” jelasnya.

Selepas enjin kapalnya berjaya dibaiki, Jonathan meneruskan perjalanan melalui pesisir perairan kawasan pantai barat hinggalah tiba di Kota Kinabalu pada 8 Jun lepas.

Sepanjang melalui kawasan perairan berkenaan, beliau agak terpesona apabila mendapati wujudnya beberapa pulau yang cantik dan masih terjaga persekitar­annya.

Selain itu, beliau juga agak terkejut kerana pulaupulau berkenaan tidak berpenghun­i.

Sebaik tiba di bandaraya ini, beliau melabuhkan bot kecilnya di tepian Sungai Likas dibawah jambatan Taman Kingfisher.

“Banyak bangunan cantik di sini dan saya juga berpeluang melihat kawasan sekitar.

“Ini pertama kali saya menjejakka­n kaki ke Malaysia dan Sabah adalah destinasi yang banyak membawa pengalaman baharu kepada saya,” katanya.

Ketika ditanya apa persediaan yang perlu dibuat sebelum berlayar, Jonathan berkata, di dalam kapal kecilnya itu banyak peralatan yang boleh membantuny­a meneruskan perjalanan.

Tidak bimbang mengenai bekalan makanan, beliau sudah memastikan bekalan sedia ada sentiasa mencukupi.

Selain itu, ada rakan dan kenalan yang sudi memberikan­nya makanan dan beliau sangat menghargai sumbangan yang dihulurkan kepadanya.

Di dalam kapal beliau, selain sebuah tilam kecil sebagai alas untuk melelapkan mata dan merehatkan diri, beliau memiliki sebuah tong gas kecil untuk memasak air.

Walaupun tidak dilengkapi dengan peralatan moden berteknolo­gi tinggi, dengan adanya bantuan GPS, ia memudahkan beliau untuk berlayar dan mencari kedudukan laluan yang lebih selamat.

Jonathan menganggap berjumpa dengan orang baharu dan berkongsi pengalaman baharu, menjadikan rutin pelayarann­ya tidak pernah membosanka­n.

“Dari satu tempat ke satu tempat saya banyak belajar perkara baharu dan menimba pengalaman untuk dimanfaatk­an dalam kehidupan.

“Setiap hari saya meletakkan harapan baharu agar apa yang saya lalui berjalan lancar megikut apa yang dirancang,” katanya.

Beliau yang berasal dari Philadelph­ia Amerika ini tidak menafikan sentiasa merindui ahli keluargany­a.

Menurutnya, sejak memulakan pelayaran ke benua Asia empat tahun lepas, beliau hanya berhubung melalui Facebook dengan ahli keluargany­a.

Ia sudah cukup memadai baginya untuk saling mengetahui perkembang­an sesama ahli keluarga kerana jarak yang jauh.

Jonathan kini merancang untuk meneruskan perjalanan ke Wilayah Persekutua­n Labuan sebelum melabuhkan persinggah­an ke negara Brunei.

Beliau berharap destinasi yang bakal ditujunya akan memberi satu lagi pengalaman baharu yang lebih bermakna.

Sebagai seorang yang sudah cukup berpengala­man, beliau tidak menganggap usia sebagai itu satu ukuran untuk seseorang menimba pengalaman hidup.

Bagi Jonathan, destinasid­estinasi lain yang bakal dikunjungi dengan kapal kecil buatannya itu sudah tentu akan membawa pelbagai kisah dan pengalaman baharu untuknya.

Ini kerana, antara beliau dan kapal kecilnya, ia umpama satu ikatan yang saling memerlukan dalam apa jua keadaan.

 ??  ??
 ??  ?? KAPAL buatan sendiri milik Jonathan yang berlabuh di tepian Sungai Likas berhampira­n Taman Kingfisher. TONG gas dan cerek yang digunakan untuk memasak air.
KAPAL buatan sendiri milik Jonathan yang berlabuh di tepian Sungai Likas berhampira­n Taman Kingfisher. TONG gas dan cerek yang digunakan untuk memasak air.
 ??  ?? Oleh SITI AISYAH NARUDIN
Oleh SITI AISYAH NARUDIN
 ??  ?? JONATHAN menunjukka­n bungkusan biskut dan beberapa stok bekalan makanan yang ada di dalam kapalnya.
JONATHAN menunjukka­n bungkusan biskut dan beberapa stok bekalan makanan yang ada di dalam kapalnya.
 ??  ?? ENJIN yang digunakan di dalam kapal Jonathan.
ENJIN yang digunakan di dalam kapal Jonathan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia