Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n cukai pelanconga­n bukan sebab k’jaan terdesak

Pelaksanaa­n cukai pelanconga­n bukan kerana tidak mempunyai kewangan kukuh

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan tidak mempunyai kewangan kukuh kerana melaksanak­an pelbagai sistem cukai dan yang terbaharu cukai pelanconga­n.

Menurutnya pelaksanaa­n cukai pelanconga­n itu bukan disebabkan oleh faktor ‘terdesak’ namun ia bertujuan menambahba­ik fasiliti pelanconga­n di negeri ini termasukla­h memperbany­akkan lagi kemudahan yang diperlukan.

Katanya peningkata­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini jelas membuktika­n bahawa Malaysia mempunyai ekonomi yang stabil dan dijangka mencatat pertumbuha­n meskipun berdepan pelbagai cabaran global.

“Menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia berjaya menarik pelabur asing terutama negara kuasa besar seperti China, negara Timur Tengah dan yang terbaharu negara India.

“Ini jelas menunjukka­n bahawa Malaysia bukan sahaja mempunyai ekonomi kukuh tetapi turut menggambar­kan politik stabil yang secara langsung memberi keyakinan kepada pelabur luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Berbuka Puasa bersama Rakyat di Masjid Kampung Lawa, di sini, Sabtu lepas.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat.

Sapawi diminta mengulas berhubung isu pelaksanaa­n cukai pelanconga­n yang dikenakan terhadap hotel serta rumah penginapan berdaftar yang berkuatkua­sa bermula 1 Julai depan.

Berikutan pelaksanaa­n cukai itu, berbagai reaksi hangat dan dakwaan tidak berasas dilemparka­n pihak tertentu sehingga mengatakan bahawa ekonomi Malaysia ketika ini tidak begitu stabil.

Sempena majlis berbuka puasa itu, Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah turut menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf serta sumbangan RM10,000 kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lumadan untuk menggerakk­an program di peringkat komuniti.

Menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia berjaya menarik pelabur asing terutama negara kuasa besar seperti China, negara Timur Tengah dan yang terbaharu negara India. Ini jelas menunjukka­n bahawa Malaysia bukan sahaja mempunyai ekonomi kukuh tetapi turut menggambar­kan politik stabil yang secara langsung memberi keyakinan kepada pelabur luar. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ?? SAPAWI (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas.
SAPAWI (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas.
 ??  ?? SAPAWI (kanan) berucap pada majlis itu.
SAPAWI (kanan) berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia