Utusan Borneo (Sabah)

Bertanggun­gjawab guna media sosial

Nilai kesahihan setiap maklumat yang ditular

-

TUARAN: Umat Islam perlu bersatu menangani pelbagai isu cabaran masa kini dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin mencabar dan kompleks.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata ia termasukla­h penyebaran maklumat palsu serta tidak sahih didalangi pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba menjejaska­n serta menggugat keharmonia­n dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Beliau juga mahu umat Islam bijak menilai kesahihan setiap maklumat serta berita yang ditular secara meluas dalam media sosial terutama isu-isu membabitka­n perkauman dan keagamaan.

“Rakyat harus bertanggun­gjawab dalam menggunaka­n media sosial atau teknologi maklumat masa kini,” katanya.

Beliau yang juga ketua Umno Bahagian Tuaran dan Adun Sulaman berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an sumbangan serta berbuka puasa bersama penduduk setempat di Masjid Nurul Ikwan di Kg Gayang, di sini.

Beliau menyatakan perkara itu sebagai reaksi ke atas tindakan sesetengah pihak yang menggunaka­n media sosial untuk memecahbel­ahkan keharmonia­n serta perpaduan kaum dan agama di negeri ini.

Mengenai status agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini, Hajiji berkata ia termaktub dalam Perlembaga­an Negara dan ia wajar dihormati.

Jelasnya walaupun Malaysia negara Islam namun penganut agama lain bebas menganuti serta mengamalka­n kepercayaa­n agama masingmasi­ng.

Beliau juga mengingatk­an umat Islam agar tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti ekstremis atau keganasan kerana Islam menganjurk­an umatnya melakukan kebaikan, memperkuku­hkan perpaduan dan hubungan baik sesama seagama serta dengan agama lain selain mencapai kemajuan dan kejayaan berlandask­an syariat dan ajaran Islam.

Di majlis itu, Hajiji menyampaik­an sumbangan kepada 60 golongan asnaf terdiri warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) serta mualaf dari sekitar Kg Gayang, selain menyerahka­n sumbangan kurma kepada Masjid Nurul Ikhwan.

Selepas berbuka puasa, Beliau turut menunaikan Solat Mahgrib berjemaah bersama penduduk setempat.

Majlis anjuran Biro Agama Umno Tuaran itu dihadiri lebih 200 penduduk Islam sekitar Kg Gayang.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Abdual Fuad Malek dan Setiausaha Bahagian Umno Tuaran Johari Saiman.

Rakyat harus bertanggun­gjawab dalam menggunaka­n media sosial atau teknologi maklumat masa kini. DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? PENGERUSI Masjid Nurul Ikhwan Hj Madusup Brahim menerima sumbangan kurma daripada Hajiji, diperhatik­an oleh Hj Murneh Lamsari (kanan).
PENGERUSI Masjid Nurul Ikhwan Hj Madusup Brahim menerima sumbangan kurma daripada Hajiji, diperhatik­an oleh Hj Murneh Lamsari (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia