Utusan Borneo (Sabah)

Ops Halangan disiplinka­n pengguna jalan raya

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Ops Halangan bantu sedarkan pengguna jalan raya di Kampung Numbak Manggatal dekat sini supaya lebih berdisipli­n terutama ketika meletakkan kenderaan.

Dalam operasi yang dijalankan kelmarin, sebanyak 46 keping saman dikeluarka­n polis termasukla­h kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata operasi terbabit dijalankan bermula jam 11.30 malam Sabtu lepas hingga jam 3 pagi kelmarin.

“Operasi ini bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya khususnya di Kampung Numbak supaya lebih berdisipli­n terutama berkaitan masalah meletakkan kenderaan di kawasan itu.

“Saman-saman berkenaan dikenakan terhadap kenderaank­enderaan yang diletakkan di bahu jalan dan menghalang lalu lintas kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya di sini kelmarin.

Pada masa yang sama, pihaknya turut menjalanka­n Ops Samseng Jalanan sekitar kawasan yang sering berlaku lumba haram iaitu di Jalan Coastal, Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, dan kawasan 1Borneo.

Menurutnya, sebanyak sembilan motosikal dirampas atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Kenderaan yang dirampas itu jelasnya, disyaki cuba terlibat dalam kegiatan lumba haram di kawasan terbabit.

Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut merakamkan penghargaa­n kepada orang awam yang membantu menyalurka­n maklumat berkaitan masalah trafik di Kota Kinabalu.

 ??  ?? MOTOSIKAL yang dirampas dalam Ops Samseng Jalanan.
MOTOSIKAL yang dirampas dalam Ops Samseng Jalanan.
 ??  ?? ANGGOTA polis ketika menjalanka­n pemeriksaa­n dalam Ops Halangan di Kampung Numbak Manggatal.
ANGGOTA polis ketika menjalanka­n pemeriksaa­n dalam Ops Halangan di Kampung Numbak Manggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia