Utusan Borneo (Sabah)

KPTM sedia kerjasama dengan syarikat korporat, swasta

-

TAWAU: Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) sedia bekerjasam­a dengan syarikat korporat atau swasta yang berminat menyumbang dana membina lebih banyak rumah PoliKom khususnya di negeri ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, pembinaan rumah PoliKom hanya memerlukan kos RM25,000 bagi sebuah rumah yang dilengkapi tiga buah bilik, satu bilik air dan satu bilik mandi yang dapat disiapkan dalam tempoh 30 hari.

“Rumah PoliKom dapat membantu penduduk golongan sasar iaitu ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan kemudahan tempat tinggal lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Kunci Rumah Polikom Parlimen Tawau 2017 di Kampung Batu 22, Balung di sini, kelmarin.

Projek PoliKom merupakan idea dikemukaka­n Menteri Pendidikan Tinggi sendiri yang memberi cabaran kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti untuk membina rumah untuk golongan sasar.

Dalam pada itu Yap berkata, melalui projek rumah PoliKom juga dapat membantu pelajar dan pensyarah politeknik dan kolej komuniti khususnya bidang kejurutera­an membuktika­n keupayaan masingmasi­ng sebagai pelajar berdaya saing dalam menghasilk­an rumah dengan kos efektif dalam tempoh singkat.

Sementara, itu Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata pembinaan rumah berkenaan turut menjadi bukti keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap penyayang yang tidak melupakan kebajikan rakyat memerlukan.

Tawau antara dua lokasi perintis kepada projek pembinaan rumah PoliKom dengan satu lagi projek perintis PoliKom telah dilaksanak­an di daerah Besut, Terengganu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia