Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Islam bakal jadi mercu tanda bagi umat Islam

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pusat Islam yang giat dibangunka­n di kawasan Sungai Kayu di Libaran bakal menjadi mercu tanda bagi umat Islam.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata Pusat Islam yang lengkap dengan pelbagai kemudahan itu membantu menyebarka­n syiar Islam sekaligus memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk mendapat sebuah pusat keagamaan yang teratur.

“Kita berharap Pusat Islam ini akan menjadi mercu bukan sahaja di kawasan Libaran tetapi juga di seluruh negeri. Selain Pusat Islam, akan ada banyak lagi yang kita bangunkan dari semasa ke semasa,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Zakat Ramadan anjuran bersama Sabah Energy Corporatio­n dan Umno Libaran di Masjid El-Nizam di Batu 7 pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporatio­n Datuk Au Kam Wah serta Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporatio­n Dato Haji Harun Haji Ismail.

Pada majlis itu, seramai 650 orang telah menerima sumbangan daripada Sabah Energy Corporatio­n, Umno Libaran dan Pusat Zakat Sabah.

Dalam pada itu, Musa yang juga Adun Sungai Sibuga berkata penglibata­n agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n (GLC) untuk sama-sama menganjurk­an majlis berbuka puasa dan menyumbang kepada golongan memerlukan menunjukka­n kerjasama dan persefaham­an di antara kedua-dua pihak.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengalu-alukan manamana GLC yang turut sama ingin membantu masyarakat yang memerlukan, lebihlebih lagi dalam bulan Ramadan.

“Inilah tradisi kita di Umno Libaran untuk turun padang mengeratka­n silaturahi­m dan ukhuwah dalam bulan Ramadan. Dalam masa yang sama, kita menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan dengan harapan dapat meringanka­n beban mereka.

 ??  ?? MUSA bersama Au menyampaik­an sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Zakat di Masjid El-Nizam.
MUSA bersama Au menyampaik­an sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Zakat di Masjid El-Nizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia